Perkhidmatan

Perkhidmatan AZR Kitchen

Perkhidmatan dan Langkah Kerja Yang AZR Kitchen SDN. BHD. Tawarkan

1. Perunding Hiasan Dalaman

Seni Reka Hiasan Dalaman ialah seni menyusun dan mereka bahagian dalaman bilik supaya ia tampil selesa, harmoni dan sesuai dengan cita rasa pemilik.

Kami akan bantu untuk memberi rundingan berkenaan susun atur kabinet, fungsi kabinet, penggunaan ruang, pemilihan warna, pemilihan konsep / tema dan menyediakan sebut harga berpandukan citarasa dan budget yang anda sediakan


2. Lawatan Tapak (Site Measurement)

Kami menyediakan perkhidmatan Lawatan tapak dan ukur secara percuma. Harga kabinet adalah berpandukan dari segi ukuran dan bahan. Jadi selepas ukuran dibuat, kami boleh beri sebut harga secara percuma.


3. Perancangan Reka Bentuk Kabinet

Reka bentuk kabinet dihasilkan berpandukan fungsi dan penggunaan pemilik. Perancangan reka bentuk kabinet merangkumi dari segi aspek warna, bahan yang dipilih, saiz dan tema.


4. Perancangan Ruang

Perancangan ruang merangkumi pemilihan perabut dan binaan kabinet supaya tidak menghalang laluan, peredaran udara, pencahayaan masuk ke dalam rumah. Langkah ini penting supaya tidak berlakunya salah kedudukan kabinet.

Kami akan bantu untuk rancang binaan kabinet sesuai mengikut saiz ruang dan memaksimumkan penggunaan


5. Lukisan Perincian Binaan Kabinet (2D Drawing)

Bila bahan, warna, jenis bahan dan ukuran dah dipilih, langkah seterusnya Lukisan Perincian 2D untuk tentukan kedudukan kabinet ikut ukuran dan kedudukan di tapak. Langkah ni penting kerana setiap inci ukuran akan disukat supaya kedudukan kabinet tepat pada kedudukan.


6. Lukisan Perspektif (3D Drawing)

Lakarang lukisan persembahan 3D untuk mendapatkan gambaran kabinet dan tema ruang bila sudah siap diapasang. Untuk tentukan rekaan dan susun atur kabinet ikut seperti yg di rancang. Setiap warna kabinet dipilih boleh nampak lebih jelas. Anda lebih senang untuk buat pilihan dan keputusan untuk kabinet dan tema rumah anda


7. Pemilihan Bahan

Pemilihan bahan hendaklah mengikut budget dan konsep yang dipilih. Kami akan cadangkan bahan yang sesuai. Kilang kami menyediakan bnyak pilihan bahan seperti Melamine Board, Solid Plywood, Blockboard, HPL Laminated, 3G Glass, 4G Glass, Solid Nyatoh, WPC (Wood Plastic Composite). Setiap bahan akan mempengaruhi harga dan tema suatu ruang.


8. Penghasilan Kabinet

Setelah rekaan dan bahan dah dipilih, langkah seterusnya kami akan proses fabrikasi kabinet di kilang. Kilang kami mempunyai kelengkapan mesin yang canggih untuk memastikan kemasan dan mutu kabinet yang kami hasilkan.


9. Penghantaran Dan Pemasangan Di Rumah

Langkah terakhir adalah proses penghantaran dan pemasangan di rumah. Tenaga kerja mahir kami yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pemasangan akan memastikan kabinet yang di pasang kukuh dan tahan lama serta memastikan kemasan kabinet ketika proses pemasangan kabinet di tapak.


Untuk keterangan lanjut boleh terus lawati Showroom kami untuk membuat tempahan atau dapatkan Sebut Harga secara dalam talian,

[+] Whatsapp Sales Designer Kami (AZRI)


Comments are closed.