7 Pilihan Pintu Kabinet Dapur Terkini

Setiap orang mengimpikan ruang dapur yang cantik. Cantik di mata adalah subjektif. Jadi setiap orang menilai cantik sebuah dapur tu dari sudut tema dan konsep yang berbeza – beza. Apa yang perlu diutamakan adalah dari segi kos, ketahanan, penggunaan, kemasan dan jangka hayat kabinet dapur.

Kami akan kongsikan pilihan pintu kabinet dapur terkini sebagai dijadikan rujukan ketika memilih konsep dan tema kabinet dapur. Membaca adalah jambatan ilmu.

Setiap material pintu kabinet dapur yang di pilih memberikan kesan konsep dan tema untuk ruang dapur. Pemilihan bahan kabinet dapur memainkan peranan yang penting untuk ia tahan lebih lama dan mudah untuk digunakan.

1. Melamine Board

Adalah diperbuat daripada serat papan, habuk papan, dan gam sintetik atau pengikat yang sesuai, dan ia di mampatkan (Compress Process). Setelah itu, ia disalut dengan Laminated (Finishing Process) yang kemudiannya di kilangkan dalam pelbagai corak dan variasi warna. Setebal 16mm digunakan untuk pintu supaya iannya tahan dan kukuh.

  • Pilihan ekonomi / murah.
  • Permukaan Melamine tahan kepada air dan tidak mudah untuk calar.
  • Sesuai untuk konsep dan tema dapur Moden, Moden Tropikal, Moden Kontemporari.
  • Terdapat dalam pelbagai variasi corak dan warna.
  • Terdapat 2 jenis iaitu kalis lembapan dan tidak kalis lembapan.
  • Handle pintu yang sesuai adalah jenis Knob, Potong 45°, Hidden, Built-in Handle.
  • Melamine berat dan bukan kalis air 100%.

#Baca Tentang Kabinet Dapur Melamine


2. 3G Glass Door (3rd Generation)

3G Glass adalah profile bingkai aluminium (Non-hidden profile) dan kaca yang disembur cat dan kemudian disokong dengan papan dibahagian belakang. Ini akan menyebabkan pintu lebih lasak dan tidak mudah pecah. Yang kurang bagusnya pintu menjadi berat dan perlu memilih Hingers yang sesuai dan tahan.

  • Pemukaan berkilat kerana diperbuat daripada kaca.
  • Kerana menggunakan papan sebagai penyokong belakang jadi ianya bukan kalis air 100%.
  • Ianya datang sekali dengan profile bingkai aluminium (Non-hidden profile).
  • Kerana ianya kaca jadi tidak mudah calar.
  • Kemasan warna ada 2 variasi iaitu spray paint dan graphic sticker.
  • Sesuai untuk konsep dan tema dapur Moden.
  • Handle pintu yang sesuai adalah jenis Hidden dan Built-in Handle sahaja.
  • Pintu boleh pecah dan berat (Non-tempered glass).

3. 4G Glass Door (4th Generation)

4G Glass adalah urutan generasi daripada 3G Glass yang di tambah baik. Profil bingkai aluminium (Hidden profile). Kaca yang disembur cat dan kemudian di gam dipermukaan bingkai aluminium dan disokong aluminium di bahagian belakang. Ini menjadikan pintu 4G Glass dapur lebih ringan berbanding pintu 3G Glass.

  • Harga mahal berbanding pintu 3G Glass Door.
  • Kalis air 100%
  • Pemukaan berkilat kerana diperbuat daripada kaca.
  • Ianya datang sekali dengan profile bingkai aluminium (Hidden profile).
  • Kerana ianya kaca jadi tidak mudah calar.
  • Kemasan ada 1 pilihan sahaja iaitu spray paint (Solid colour).
  • Sesuai untuk konsep dan tema dapur Moden.
  • Handle pintu yang sesuai adalah jenis Hidden dan Built-in Handle sahaja.
  • Pintu boleh pecah dan berat (Non-tempered glass).

4. Solid Plywood c/w HPL Laminated (Blockboard)

Block board adalah kayu asli jenis (Resak) dan kemudian disaluti HPL Laminated @ Formica (Brand Laminated) di bahagian kemasan permukaan menggunakan gam khas. Setebal 18mm digunakan untuk pintu supaya iannya tahan dan kukuh.

  • Pintu ringan berbanding jenis pintu kabinet yang lain.
  • Harga yang sama mahal dengan 4G Glass Door.
  • Blockboard tahan kepada air dan permukaan Laminated tidak mudah untuk calar.
  • Sesuai untuk konsep dan tema dapur Moden, Moden Tropikal, Moden Kontemporari, Moden Luxury.
  • Mempunyai kemasan pelbagai pilihan warna dan corak.
  • Kemasan permukaan laminated boleh diganti jika rosak.
  • Handle pintu yang sesuai adalah jenis Knob, Potong 45°, Hidden, Built-in Handle.
  • Kalau pintu terlalu besar ianya boleh meleding dan bengkok.

5. MDF Board Panel

MDF adalah Medium Density Fibreboard. Konsep yang sama dengan Melamine iaitu Compress Panel. Ianya campuran daripada bahan pengawet kimia. Dikilangkan dengan 2 pilihan warna sahaja iaitu putih atau kosong tanpa warna. MDF adalah bahan yang tidak tahan kepada musuhnya iaitu air. Jadi untuk menggunakan bahan ni, semburan cat diperlukan di bahagian depan dan belakang sebagai kemasan permukaan. Teknik semburan cat lah yang menentukan kualiti atau ketahanan MDF Board.

  • Harga yang murah berbanding Melamine. Oleh kerana menggunakan spray paint sebagai kemasan, jadi harga MDF Board c/w Spray Paint adalah mahal.
  • Jika teknik cat yang betul, permukaan MDF boleh tahan air.
  • Sama berat dengan pintu Melamine
  • Sesuai untuk konsep dan tema dapur Moden, Moden Luxury, Moden English.
  • Kemasan ada 1 pilihan sahaja iaitu spray paint (Solid colour).
  • Handle pintu yang sesuai adalah jenis Knob, Potong 45°, Hidden, Built-in Handle.
  • Tidak tahan calar kerana ianya semburan cat.
  • Untuk jangka masa lama, warna semburan cat boleh berubah menjadi kusam.

6. Solid Wood (Nyatoh)

Solid Wood atau kayu pepejal adalah kayu asli. Di Malaysia jenis kayu yang digunakan untuk pembuatan kabinet dapur adalah terdiri daripada Nyatoh dan Resak. Ianya adalah daripada kayu jenis keras dan ringan. Ketebalan 23mm dipotong untuk kegunaan bahagian pintu dapur untuk mengekalkan kualiti dan ketahanan kayu. Populasi kayu jenis ini juga biasa terdapat di kawasan persisiran pantai berbatu dan hutan persisiran pantai.

Kayu jenis ini sering dipilih untuk kegunaan perabut yang bermutu tinggi dan pembuatan kabinet. Mempunyai teras kayu yang kemerahan juga ira kayu yang rapat dan berombak. Ini menjadikan pilihan pintu Nyatoh adalah sangat cantik bila mengekalkan ira corak kayu dengan mengenakan semburan Varnish di kemasan permukaan.

  • Pintu jenis sama ringan dengan Blockboard.
  • Harga mahal kerana kualiti dan pemprosesan bahan
  • Oleh kerana ianya kayu asli, jadi ia tahan air
  • Sesuai untuk konsep dan tema dapur Vintage, Klasik, Klasik Kontemporari, Klasik English
  • Mempunyai 2 cara sebagai kemasan iaitu Varnish (Kekalkan warna kayu) atau Spray Paint (Solid colour)
  • Handle pintu yang sesuai adalah jenis Knob dan Hidden sahaja.
  • Tidak tahan calar kerana ianya semburan cat
  • Untuk jangka masa lama, warna semburan cat boleh berubah menjadi kusam

7. Sibu / Perforated Aluminium

Pintu aluminium jenis ni bukan semua bahagian pintu kabinet dapur boleh guna. Digunakan mengikut pada kesesuaian. Fungsi utama pintu ni bukan untuk cantik, tetapi untuk memberikan pengudaraan pada ruang dalam kabinet dapur. Menggunakan bingkai pintu 3G dan dikemasi permukaan pintu dengan lembaran aluminium perforated tujuan untuk pengudaraan boleh masuk supaya tidak kedap bau, lembapan dan haba

  • Pintu jenis kalis air 100%.
  • Sesuai digunakan di ruang yang memerlukan pengudaraan seperti ruang simpan lauk panas, sinki, tong sampah, tong gas masak, ruang elektrik dan lain-lain lagi.
  • Mempunyai 2 cara sebagai kemasan iaitu Natural Anodize (Warna asal aluminium), Powder Coat (Solid Colour).

Sekian sedikit sebanyak perkongsian kami mengenai 7 Pilihan Pintu Kabinet Dapur Terkini. Harap dapat membantu sebelum anda buat pilihan dan tempahan kabinet nanti.

Untuk keterangan lanjut boleh terus lawati Showroom kami untuk membuat tempahan atau dapatkan Sebut Harga secara dalam talian,

[+] Whatsapp Sales Designer Kami (AZRI)


Comments are closed.