9 Tips Susun Atur Almari (Built-In Wardrobe)

Untuk mendapatkan susun atur dalaman almari pakaian anda dengan tepat, ikuti langkah – langkah yang akan kami kongsikan. Selain itu, anda boleh dapatkan nasihat dan cadangan dari pereka dan kontraktor yang mahir.

Susun atur Almari Pakaian yang tepat, dapat memenuhi kehendak dan keperluan si pemilik. Maka rancanglah susunan mengikut keperluan barang yang ingin di simpan.

Perlu di ingat yang semua jenis almari Built-in Wardrobe dibina untuk bertahan lebih dari 10 tahun. Untuk memastikan ia sesuai dengan keperluan, rancanglah kedudukan kabinet dengan betul. Komunikasi dengan kontraktor kabinet sangat penting supaya memahami kerperluan anda dengan tepat. Dengan memilih kontraktor kabinet dan pereka hiasan dalaman yang mahir, anda dapat menikmati fungsi yang tepat untuk masa sekarang dan masa akan datang.


1. Peka Pada Kedudukan Almari

Ketika renovasi sedang di jalankan, pastikan kedudukan almari sudah di tentukan kedudukan. Ini mudah untuk kontraktor renovasi untuk mengenal pasti kedudukan point – point utama seperti socket plug, suis, lampu dan paling penting kedudukan kipas. Ambil kira saiz almari ketebalan 2ft dan ditambah dengan saiz bukaan pintu antara 400mm – 600mm.

Ini kerana binaan almari Built-in Wardrobe yang mengjangkau hingga ke paras siling perlu ambil kira semua aspek. Langkah ini penting supaya mengelakkan dari berlaku salah kedudukan pendawaian dan kontraktor perlu ubah semula point kerana sudah terkena pada almari sekaligus dapat mengelakkan double cost dari pihak kontraktor.


2. Penggunaan Bahan Pada Almari (Built-in Wardrobe)

Jika dibandingkan bahan almari Built-in Wardrobe dan almari siap di kedai perabut, Built-in Wardrobe adalah menggunakan bahan dari jenis 16mm – 18mm ketebalan dan kalis lembapan (Moisture Resistane). Jadi harga lebih mahal dari almari siap tetapi kualiti dan ketahanan yang sangat berbeza. Menjadikan Built-in Wardrobe akan kukuh untuk jangka masa panjang.

Antara bahan – bahan yang sering digunakan terdiri daripada 16mm Thk. Melamine Board dan 18mm Thk. Solid Plywood. Setiap bahan yang digunakan akan mempengaruhi harga setiap almari.


3. Saiz Lebar Untuk Setiap Ruang Dalam Almari

Selain itu, pembahagian saiz ruang dalaman Built-in Wardrobe juga menentukan kadar ketahanan almari. Saiz lebar yang tepat untuk setiap ruang dalam antara 450mm – 600mm. Pereka dalaman atau kontraktor kabinet yang mahir akan peka dengan setiap saiz ni dan memberi cadangan terbaik kepada anda. Saiz ruang dalam ditentukan dari saiz penuh ruang almari.

Rekaan yang menarik dan sempurna adalah dari susun atur mengikut keperluan dan mengambil kira ketahanan struktur binaan almari Built-in Wardrobe.


4. Pintu Sliding Penyelesaian Untuk Ruang Kecil

Masalah utama pada ruang bilik tidur kecil adalah untuk memuatkan kabinet seperti almari, katil dan meja. Jadi, almari pintu swing tidak sesuai digunakan kerana jenis almari ni akan mengambil ruang tambahan untuk bukaan pintu.

Cara penyelesaian yang terbaik adalah mengguakan almari jenis Built-in Wardrobe Sliding Anti Jum Door. Bukaan pintu sliding yang tidak memerlukan ruang tambahan, ini menjadikan anda mempunyai ruang yang mencukupi untuk menambah perabut lain seperti meja dan katil. Selain itu, susun atur kedudukan setiap kabinet perlu kenal pasti untuk tentukan saiz Built-in Wardrobe yang boleh dibina dan di pasang.


5. Tentukan Campuran Jenis Pakaian

Setiap orang pasti mempunyai perbezaan pakaian yang disimpan dan digunakan. Jadi, sebelum anda membuat keputusan, pastikan dapat nasihat secukupnya untuk pemilihan ruang yang sesuai untuk pakaian – pakaian anda. Pakaian seperti kemeja atau baju panjang yang di seterika perlu mempunyai rod gantung mencukupi. Manakala pakaian yang di simpan atau lipat sesuai menggunakan laci atau rak terbuka.

Jika anda mempunyai bag tangan yang banyak, rak terbuka yang banyak adalah pilihan yang terbaik. Untuk tudung dan pakaian – pakaian lain, boleh guna rak jenis sliding pada ruang almari Built-in Wardrobe. Setelah kenal pasti jenis pakaian, baru mudah untuk anda memilih dan tentukan ruang dalaman Built-in Wardrobe yang mengikut keperluan anda.


6. Barang Sering Digunakan Pada Aras Mudah Capai

Maksud aras mudah capai adalah paras pinggan dan paras mata. Jdi setiap ruang dalaman Built-in Wardrobe boleh dibahagian kepada 2 ruang. Jadi aras gantung rod baju sesuai diletakkan paras atas dan tengah. Untuk laci dan rak terbuka juga sesuai di letakkan pada aras pinggang iaitu aras tengah. Jadi laci jenis 3 atau 4 level sangat sesuai digunakan ini kerana paras laci ini akan sampai ke paras pinggang untuk mudah di capai ketika ambil barng.

Di akhir entri ini kami akan tunjuk gambar rajah pilihan yang mudah anda faham dari segi susunan yang sering jadi pilihan ramai orang.


7. Rod Gantung Untuk Pakaian Yang Banyak

Jika anda lebih suka hanger gantung baju berbanding melipat, rod gantung yang banyak adalah pilihan yang tepat. Anda boleh memperuntukkan 3/4 dari susun atur ruang dalaman almari Built-in Wardrobe anda dengan rod gantung. Hal ini kerana pakaian yang sudah diseterika perlulah di gantung. Boleh dibahagian kepada 2 jenis iaitu rod gantung 1 paras panjang dan rod bahagi kepada 2 aras.

Untuk jenis baju kurung atau jubah panjang, sesuai menggunakan aras 1 rod dan kemeja atau jacket sesuai menggunakan jenis rod terbahagi 2 aras. Untuk ruang baki 1/4  boleh memuatkan ruang laci yang bergabung dengan rak terbuka. Perlu ingat untuk setiap almari Built-in Wardrobe hendaklah mempunyai laci dan rak terbuka untuk menyimpan pakaian – pakaian lain dan barangan.


8. Aksesori Tambahan Almari (Built-in Wardrobe)

Aksesori tambahan untuk almari Built-in Wardrobe adalah harga tambahan untuk setiap jenis aksesori. Setelah anda memilih susunan ruang – ruang almari, anda juga boleh menambah beberapa unit aksesori tambahan untuk dimuatkan dalam almari Built-in Wardrobe anda yang khusus penggunaan nya. Seperti contoh pull out basket, laci pembahagi untuk aksesori, rak gantung penarik dan lain – lain lagi.

Langkah ini memudahkan anda untuk mencapai barang yang di simpan pada aras yang sukar di capai. Jadi, rujuk kataloq masa menempah almari Built-in Wardrobe dan dapatkan nasihat untuk setiap aksesori supaya efektif penggunaan nya mengikut keperluan.


9. Diagram Susun Atur Almari (Built-in Wardrobe)

Untuk susun atur dalaman almari Built-in Wardrobe, boleh rujuk pada gambar rajah di atas. Setiap susunan ini, seringkali di pilih rata – rata pengguna. Dari gambar rajah anda mudah faham untuk membuat pilihan. Ukuran standard lebar setiap ruangan adalah diantara 450mm – 650mm.

Manakali untuk ketinggian ruangan terbahagi kepada 2. Ruang bawah untuk pakaian dan ruang atas untuk memuatkan barang – barang besar seperti bag, bantal, toto dan sebagainya. Saiz ketinggian ruang bawah adalah 1900mm dari lantai dan selebihnya bahagian atas akan sampai ke paras siling.  Perlu ingat, setiap pembahagian susun atur dalaman almari Built-in Wardrobe akan menentukan kekuatan struktur binaan dan pemasangan kabinet almari anda.


Sekian sedikit sebanyak perkongsian kami mengenai 9 Tips Susun Atur Almari (Built-in Wardrobe). Harap dapat membantu sebelum anda buat pilihan dan tempahan nanti.

Untuk keterangan lanjut boleh terus lawati Showroom kami untuk membuat tempahan atau dapatkan Sebut Harga secara dalam talian,

[+] Whatsapp Sales Designer Kami (AZRI)

[+] Whatsapp Sales Designer Kami (AZRI)


Comments are closed.