5 Pilihan Handle Pintu Kabinet Dapur

Handle atau pemegang pintu kabinet mempengaruhi konsep dan tema kabinet dapur anda. Jadi untuk memastikan yang anda membuat pilihan yang betul, kami akan kongsikan jenis handle pintu kabinet dapur sebagai panduan.

Pemilihan handle pintu kabinet dapur hendaklah mengikut konsep tema dan keselesaan pengguna.

Perlu ingat yang tidak semua jenis handle boleh di gunakan pada pintu kabinet dapur yang anda pilih. Jadi dapatkan pendapat dan nasihat dari yang pakar untuk jenis handle yang terbaik untuk kabinet dapur anda.

Masa kini, terlalu banyak jenis aksesori handle untuk pintu kabinet dapur. Disini kami akan kongsikan untuk jenis handle pintu kabinet dapur yang terdapat di kilang kami. Atau cara lain, anda juga mudah untuk beli jenis handle pintu kabinet yang ada inginkan. Cuma dapatkan kuantiti yang perlu dari pembuat kabinet dapur rumah anda dan anda boleh beli sendiri online atau di kedai aksesori kabinet.


1. Handle Knob

Terdapat terlalu banyak pilihan variasi corak, bentuk dan warna. Pastikan anda memilih handle jenis knob sesuai untuk diselaraskan pada kabinet dapur anda. Untuk trend masa kini, handle ni sudah kurang digunakan pada pintu jenis plain (Melamine , Blockboard dan MDF). Konsep ‘vintage’ atau ‘English style’ adalah sesuai mengenekan jenis handle knob. Untuk warna jenis gold sangat sesuai pada pintu kabinet jenis nyatoh gelap. Ini menaikkan lagi seri dan konsep tema dapur Modern Luxury.

  • Boleh digunakan pada pintu kabinet dapur jenis Melamine, Blockboard, MDF dan Solid Nyatoh.
  • Tidak sesuai pada konsep dan tema kabinet moden.
  • Handle perlukan maintenance jika rosak atau tercabut.

2. Handle Potong 45 Degree

Masa kini, ramai pengguna memilih konsep tema moden untuk dapur rumah mereka. Handle jenis potong 45 degree ni adalah konsep rekaan terkini. Handle ni juga kebanyakan pengguna memilih kerana sangat padan dengan konsep tema moden. Bila anda memilih kemasan permukaan kilat atau solid colour sangat sesuai di padankan dengan konsep handle ni.

  • Boleh digunakan pada pintu kabinet dapur jenis Melamine, Blockboard dan MDF.
  • Tidak sesuai pada konsep dan tema kabinet English style.
  • Tidak perlukan maintenance kerana potongan pada pintu.

3. Handle Hidden

Jenis handle seakan sama dengan konsep potong 45 degree. Cuma handle ni tidak perlu potong sebaliknya cara pemasangan body kabinet yang menentukan handle ini. Untuk pandangan dari bahagian luar kabinet dan cara membuka pintu adalah konsep yang sama dengan handle potong 45 degree. Apa yang bagusnya jenis handle seperti ni boleh di gunakan pada pintu 3G dan 4G Glass.

  • Boleh digunakan pada pintu kabinet dapur jenis Melamine, Blockboard, MDF, 3G Glass dan 4G Glass.
  • Tidak sesuai pada konsep dan tema kabinet English style.
  • Tidak perlukan maintenance.

4. Handle Aluminium Built-in

Bahan handle ini diperbuat daripada aluminium. Bila mengekalkan warna (Natural Anodize) ia nampak kurang menarik. Jadi dengan cara powder coat warna pada handle ini, ia tampak mewah dan moden untuk kabinet dapur anda. Di potong mengikut saiz pintu dan menggunakan gam khas untuk sambungan pada pintu.

  • Boleh digunakan pada pintu kabinet dapur jenis Melamine, Blockboard dan MDF.
  • Tidak sesuai pada konsep dan tema kabinet English style.
  • Kemasan 2 cara iaitu powder Coat dan Spray paint (Solid Colour)
  • Handle perlukan maintenance jika rosak atau tercabut.

5. Tic – tac / Tekan Untuk Buka

Untuk jenis ni, ianya bukan dari kalangan handle. Tapi fungsinya yang sama iaitu untuk membuka pintu kabinet. Boleh digunakan untuk semua jenis pintu kabinet dapur. Kalau di Ikea banyak terdapat contoh jenis handle ini. Bezanya adalah berapa panjang atau terkeluar pintu dari kabinet bila di tekan untuk buka. Pada laci soft close kabinet sahaja yang tak boleh guna jenis tic-tac door ni.

  • Boleh digunakan pada semua jenis pintu kabinet dapur kecuali laci soft – close.
  • Memerlukan maintenance kerana ia mudah rosak.

Sekian sedikit sebanyak perkongsian kami mengenai 5 Pilihan Handle Pintu Kabinet. Harap dapat membantu sebelum anda buat pilihan dan tempahan kabinet nanti.

Untuk keterangan lanjut boleh terus lawati Showroom kami untuk membuat tempahan atau dapatkan Sebut Harga secara dalam talian,

[+] Whatsapp Sales Designer Kami (AZRI)


Comments are closed.