Mengenai Kami

Mengenai Kami AZR Kitchen

PENGENALAN

AZR Kitchen SDN BHD adalah sebuah Firma Perunding Hiasan Dalaman. Kami Pakar dalam penghasilan Kabinet Dapur, Almari Pakaian, ‘Custom Built-in Cabinet’ juga penghasilan Rekabentuk Dalaman yang sesuai untuk Kediaman, Komersial dan Galeri Pameran. Rekaan yang mengikut trend – semasa.

Kami menyediakan khidmat Nasihat Rekaan, Lawatan Tapak (Site Measurement) untuk menyediakan Sebut Harga berpandukan saiz sebenar.

PROFIL SYARIKAT AZR KITCHEN SDN. BHD.

AZR Kitchen SDN BHD ditubuhkan sejak tahun 2009. Bermula dengan kepakaran kami sebagai Perunding Hiasan Dalaman dan idea penghasilan rekabentuk Hiasan Dalaman, pada 2010 kami mengorak langkah kehadapan dengan membuka cawangan sulong Kilang Kabinet kami di Shah Alam, Selangor untuk menghasilkan sendiri rekaan Kabinet kami dengan teknologi yang terkini.

Kilang Kabinet kami juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih untuk mengendalikan pelbagai jenis bahan seperti Kaca, Quartz Stone, HPL Laminated, Melamine dan lain-lain bahan Kabinet untuk memastikan bahawa pelanggan-pelanggan kami mempunyai pelbagai pilihan kemasan dalam menggayakan ruang mereka.

Berbekalkan dengan pekerja mahir kami yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri ini, kami dapat menghasilkan produk berkualiti yang mengikut citarasa pelanggan dan boleh disesuaikan untuk semua jenis ruang seperti Ruang Kediaman, Komersial mahupun ruang Galeri Pameran.

Falsafah kerja kami : Kreativiti, Tranformasi, Integriti dan Kualiti.

Dalam penghasilan produk, semua bahan-bahan yang teliti dipilih dan yang diimport untuk memastikan bahawa kami menyediakan kualiti terbaik dengan harga yang kompetitif. Dengan teknologi canggih dan pekerja yang terlatih, kami dapat menghasilkan high-end produk siap pada masanya untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.

Comments are closed.