5 Jenis Susun Atur Kabinet Dapur Menarik

Dapur adalah satu ruang yang sangat penting di rumah. Menjadi ruang persiapan hidangan ataupun menjadi tempat nya berkumpul sebuah keluarga. Selain itu, dapur yang kemas dan teratur dapat beri semangat buat sang isteri masak santapan sedap hari – hari.  Jadi sangat – sangat penting untuk kenal pasti susun atur kabinet sebelum membuat tempahan.

Bagaimana anda mahu dapat susun atur kabinet dapur yang bijak dan menarik, Nah! di sini kami kongsikan beberapa susun atur kabinet yang boleh dijadikan sebagai rujukan. Teruskan membaca untuk mengenali lebih dekat setiap jenis yang ada.

Apa pentingnya susun atur kabinet dapur ni?

Kami di AZR Kitchen Cabinet akan beri consultation dan mencadangkan susun atur yang paling sesuai untuk kediaman anda secara percuma. Apa yang penting adalah ambil kira point utama di dapur iaitu sinki, dapur, peti sejuk, ketuhar pemanas dan ruang simpanan.

Antara faktor yang mempengaruhi susun atur cabinet dapur adalah dari segi bentuk rumah, saiz rumah, circulation dalam rumah, citarasa pemilik dan yang utama adalah budget.

Di sini kami kongsikan 5 susun atur menarik yang boleh dijadikan sebagai rujukan.


1. Kabinet Dapur – Single Counter

Mempunyai satu bahagian kabinet yang berbentuk selari. Susun atur jenis ni sesuai untuk rumah jenis pangsapuri, soho, studio dan rumah yang bersaiz 950sqft kebawah.

Susun atur kabinet ni juga dapat menjimatkan ruang dan meminimumkan gunaan ruang. Pemilihan konsep rekaan cabinet (full height) sampai siling dapat memaximumkan gunaan ruang untuk penyimpanan. Penggunaan (Tall Unit) tidak sesuai kerana ruang terhad. Jadi kalau anda mahu untuk memuatkan ketuhar boleh dimasukkan di bahagian (Base Unit) kabinet dapur

Kebaikan susun atur kabinet ni ruang kerja yang kecil memudahkan untuk anda capai barang dan keburukan pula ruang terhad ketika kerja di dapur.


2. Kabinet Dapur – “L” Shape

Mempunyai dua bahagian kabinet yang terdapat sudut berbentuk “L”. Susun atur kabinet ni sesuai untuk rumah bersaiz 1000sqft ke atas.

Susun atur kainet dapur ni sesuai untuk ruang lantai yang tak terlalu besar. Kesemua point ruang utama dapat dimanipulasikan dengan bijak ketika melakukan kerja di dapur.

Ruang simpanan yang banyak dan ruang table top dapur yang panjang memudahkan lagi proses kerja di dapur. Aturan yang tepat mempunyai jarak sempadan antara ruang peti sejuk dan ruang memasak. Jika ada lebihan ruang, island atau bar counter boleh dimuatkan dalam susun atur sebagai pembahagi dan ruang berkumpul keluarga.


3. Kabinet Dapur – “U” Shape

Mempunyai tiga bahagian kabinet yang mempunyai 2 sudut berbentuk “U”. Kebiasaan bentuk susun atur kabinet dapur ni pada rumah teres yang direnovasi bahagian dapur.

Bentuk kabinet begini sudah mempunyai ruang yang cukup tambahan lagi bila mengenakan konsep (Ceiling Height) kabinet. Mempunyai table top kitchen ruang kerja yang besar memudahkan lagi ketika kerja di dapur.

Dengan bentuk ni juga, peredaran di dapur tidak terbatas dan jarak setiap point ruang utama sangat berkesan untuk mudah bergerak di dapur ketika penyediaan makanan.


4. Kabinet Dapur – “G” Shape

Mempunyai 3 bahagian cabinet yang terdapat 2 sudut dan 1 sudut berbentuk separuh bulat. Mempunyai (Bar Counter Kitchen) sebagai runag minum petang atau minum malam. Juga untuk ruang berkumpul keluarga.

Bar counter juga berfungsi sebagai pembahagi ruang antara dining dan dapur. Oleh kerana saiz kabinet yang besar, anda perlu rancang susun atur ruang dalaman kabinet dengan teliti supaya boleh memuatkan semua barangan dapur anda. Pihak kami akan cadangkan susun atur terbaik untuk bahagian dalam supaya tidak berlaku pembaziran ruang.


5. Kabinet Dapur – Linear Shape (Galley)

Mempunyai 2 bahagian kabinet yang terletak pada kanan dan kiri laluan yang berbentuk selari. Sesuai untuk rumah yang mempunyai saiz dapur yang sedarhana kecil.

Oleh kerana space kabinet dapur yang terbahagi kepada 2 bahagian, jadi saiz table top sudah menjadi kecil. Tapi perlu ingat untuk susun atur kabinet dapur ni, dapat menghasilkan circulation di dapur yang sistmatik kerana terdapat 2 ruang untuk masuk ke dapur.

Island atau bar counter di dapur yang besar dan dapat menghasilkan kesan (Modern Luxury) jika di gayakan lagi dengan bahan kilat atau (matte) pada permukaan pintu kabinet dapur. Susun atur kabinet ni juga dapat kesan pencahayaan yang optimum.

Seterusnya dengan mempunyai (island counter) saiz besar, tampilkan lagi untuk Nampak lebih mewah dengan memasang pendant light atau spotlight di atas nya.


Sekian sedikit sebanyak perkongsian kami mengenai susun atur cabinet dapur. Harap dapat membantu sebelum anda buat pilihan dan tempahan kabinet nanti.

Untuk keterangan lanjut boleh terus lawati Showroom kami untuk membuat tempahan atau dapatkan Sebut Harga secara dalam talian,

[+] Whatsapp Sales Designer Kami (AZRI)


Comments are closed.