Cara Kira Harga Kabinet Dapur

Kepada anda yang ingin mendapatkan harga kabinet dapur, anda perlu tahu setiap saiz bahagian binaan kabinet dapur untuk diberikan kepada tempat untuk anda survey harga.

Untuk memudahkan proses survey harga, anda perlu ada info secukupnya untuk di berikan pada kilang kabinet untuk mendapatkan harga.

Entri ini kami kongsikan untuk ada mudah faham bagi setiap standard saiz binaan kabinet dapur dan cara kiraan harga yang biasa digunakan di kilang kabinet.

Sebelum tu, anda mesti perlu tahu saiz setiap item bahagian binaan kabinet dapur. Kemudian baru boleh tentukan kedudukan dan susun atur kabinet dapur yang anda inginkan. Saiz perkakas elektrik dapur juga mempengaruhi saiz binaan kabinet dapur. Jadi anda perlu survey terlebih dahulu untuk perkakas eletrik yang ingin dimuatkan di dalam kabinet dapur rumah anda.

Terlebih dahulu kenali nama item bahagian kabinet dapur yang biasa digunakan.

Terdapat banyak pilihan material kabinet dapur. Untuk lebih mudah, kami akan kongsikan harga yang jadi pilihan ramai iaitu 16mm Thk. Melamine ABS (Moisture Resistance) untuk bahagian badan kabinet (Carcass) dan pintu. Kemasan permukaan table top menggunakan Quartz Stone Top.


Harga & Saiz Bahagian Bawah (Base Unit)

Gambar menunjukkan saiz panjang kabinet Base Unit adalah 8ft + 6ft. Perlu tolak bahagian corner kabinet 2ft. Saiz depth adalah antara 600mm – 650mm. untuk tinggi pula adalah antara 850mm – 900mm. Cara kira harga pula adalah berpandukan saiz panjang (ft run) Base Unit kabinet dapur.

  • Panjang Base Unit 12ft.
  • Depth Base Unit 600mm
  • Tinggi Base Unit 850mm
  • Cara kiraan berpandukan panjang (ft run)
  • Rate harga biasaanya bermula dari RM180 – RM240 / ft run
  • Saiz sinki mempengaruhi saiz carcass

Harga & Saiz Bahagian Atas (Wall Unit)

Cara kiraan saiz kabinet penuh sampai siling. Anda perlu tahu level tinggi dari lantai ke siling terlebih dahulu. Jadi mudah untuk dapatkan barapa tinggi Wall Unit kabinet dapur anda. Gambar menunjukkan tinggi siling plaster adalah 9ft. kabinet dapur Wall Unit akan bermula tinggi 5ft dari lantai. Jadi tinggi kabinet Wall Unit adalah 4ft. Cara kira harga pula adalah berpandukan saiz kaki persegi (sqft) Wall Unit kabinet dapur.

  • Panjang Wall Unit 8ft.
  • Depth Wall Unit di antara 300mm – 400mm
  • Tinggi Wall Unit 4ft
  • Cara kiraan berpandukan kaki persegi (sqft)
  • Rate harga biasaanya bermula dari RM40 – RM55 / sqft
  • Saiz Hood dapur mempengaruhi saiz depth carcass

Harga & Saiz Fridge Cabinet (Fridge Unit)

Kiraaan saiz kabinet Fridge Unit sama seperti kiraan Wall unit. Gambar menunjukkan tinggi siling plaster adalah 9ft. Saiz fridge kebiasaanya adalah tinggi 6ft x lebar 3ft x depth 2ft. Jadi tinggi kabinet Fridge Unit adalah 3ft. Depth kabinet antara 600mm – 700m. Cara kira harga pula adalah berpandukan saiz kaki persegi (sqft) Fridge Unit kabinet dapur.

  • Panjang Fridge Unit 3ft.
  • Depth Fridge Unit di antara 600mm – 700mm
  • Tinggi Fridge Unit 3ft
  • Cara kiraan berpandukan kaki persegi (sqft)
  • Rate harga biasaanya bermula dari RM60 – RM75 / sqft (rate harga lebih mahal dari wall unit kerana depth kabinet fridge unit lebih besar)
  • Saiz fridge mempengaruhi saiz depth carcass

Harga & Saiz Built-in Oven / Microwave Cabinet (Tall Unit)

Gambar menunjukkan saiz panjang kabinet Tall Unit adalah 2ft. Saiz depth perlu sama dengan depth Fridge Unit supaya ia selari. Jadi saiz adalah antara 600mm – 700m. Untuk tinggi pula adalah mengikut ketinggian level siling plaster. Cara kira harga pula adalah berpandukan saiz panjang (ft run) Tall Unit kabinet dapur.

  • Panjang Tall Unit 2ft.
  • Depth Tall Unit di antara 600mm – 700mm
  • Tinggi Tall Unit 9ft (Berpandukan level siling plaster)
  • Cara kiraan berpandukan panjang (ft run)
  • Rate harga biasaanya bermula dari RM380 – RM450 / ft run (rate harga untuk kabinet penuh sampai siling plaster)
  • Saiz Fridge Unit mempengaruhi saiz depth Tall Unit

Harga & Saiz Table Top Quartz Stone

Cara kira saiz panjang table top adalah berpandukan saiz Base Unit Kabinet Dapur. Jadi saiz panjang Quartz Stone Top adalah 8ft + 6ft. Perlu tolak bahagian corner kabinet 2ft. Saiz depth adalah 600mm. Cara kira harga pula adalah berpandukan saiz panjang (ft run) table top Quartz Stone.

  • Panjang Quartz Stone 12ft.
  • Depth Quartz Stone 600mm
  • Cara kiraan berpandukan panjang (ft run)
  • Rate harga biasaanya bermula dari RM150 – RM250 / ft run (Rate harga berpandukan kualiti Quartz Stone)
  • Saiz Base Unit mempengaruhi saiz Table Top Quartz Stone

Harga Tambahan Kabinet Dapur

Anda perlu tahu apa yang kebiasaan menjadi harga tambahan selain daripada rate harga kabinet dapur. Jangan lupa nyatakan setiap harga tambahan kabinet dapur semasa anda survey harga. Pastikan ianya sudah termasuk dalam sebut harga atau pun harga tambahan.

Ini adalah antara yang menjadi harga tambahan :-

  • Aksesori kabinet dapur seperti dish rack, basket, spoon tray dan lain – lain aksesroi lagi.
  • Laci pada bahagian base unit (3 level)
  • Tebuk lubang sinki dan hob dapur pada table top Quartz Stone
  • End panel / Expose panel (EP) (papan cover bahagian sisi hujung kabinet yang terbuka)
  • Tebuk lubang pada dinding untuk Hood dapur (Coring)
  • Pemasangan perkakas elektrik (Built-in)
  • Backsplash pada dinding
  • Kerja – kerja perpaipan sinki
  • Kerja – kerja elektrik wiring
  • Penghantaran dan pemasangan

Kesimpulan Sebut Harga Kabinet Dapur (Quotation)

Setelah anda faham setiap saiz dan cara kira harga bahagian kabinet, baru mudah untuk memahami sebut harga kabinet dapur. Disini kami akan perincikan setiap item bahagian kabiet dapur supaya boleh dijadikan sebagai rujukan.

Contoh kiraan harga untuk kabinet dapur menggunakan material 16mm Thk. Melamine ABS pada bahagian pintu dan body (Carcass) dan Table Top Quartz Stone Top.

(Untuk rate harga kami masukkan contoh harga pasaran untuk membuat pengiraan).

  • Base Unit : 12ft (L) x RM210/ft run = RM2,520
  • Wall Unit : 8ft (L) x 4ft (H) = 32sqft x RM45/sqft = RM1,440
  • Fridge Unit : 3ft (L) x 3ft (H) = 9sqft x RM65/sqft = RM585
  • Tall Unit : 2ft x RM400/ft run = RM800
  • Quartz Stone : 12ft x 160/ft run = RM1,920

Harga Tambahan :-

  • Laci (3 level) = RM180/set
  • Tebuk lubang sinki dan hob : 2 unit x RM100/unit = RM200
  • EP Fridge & Tall Unit : 2 pcs x RM180/pcs = RM360
  • Coring = RM250/LS
  • Perpaipan sinki = RM100/LS
  • Wiring tambahan : 2 unit 13AMP x RM75/unit = RM150
  • Penghantaran dan pemasangan = RM200/LS

JUMLAH KESELURUHAN KABINET DAPUR = RM8,705.00#

Tips :-

Untuk menentukan harga kabinet murah atau mahal adalah berpandukan rate harga item kabinet dapur.

Kebiasaanya untuk pasang perkakas elektrik dapur sudah termasuk dalam rate harga kabinet dapur.


Sekian sedikit sebanyak perkongsian kami mengenai Cara Pengiraan Harga Kabinet Dapur. Harap dapat membantu sebelum anda buat pilihan dan tempahan kabinet nanti.

Untuk keterangan lanjut boleh terus lawati Showroom kami untuk membuat tempahan atau dapatkan Sebut Harga secara dalam talian,

[+] Whatsapp Sales Designer Kami (AZRI)

[+] Whatsapp Sales Designer Kami (AZRI)

Artikel ditulis pada May 2019


Comments are closed.