Kabinet Dapur Konsep Moden Jadi Pilihan

Di masa sekarang, banyak menyaksikan evolusi penggayaan kabinet dapur daripada konsep klasik berubah wajah kepada konsep yang lebih moden, ringkas, kemas serta bergaya di samping mesra pengguna.mahu atau tidak, kita terpaksa menarima hakikat yang trend terkini selalunya menawarkan kelebihan berbanding dengan yang lama seiring dengan peredaran zaman.

Kabinet dapur berkonsepkan moden adalah yang terkini dan menjadi pilihan ramai untuk menggayakan ruang dapur mereka.

Dekorasi ruang dapur penting kerana ia adalah tempat utama buat isteri anda. Pilihan konsep haruslah menarik dan mengikut citarasa anda. Di sini kami bawakan kepada anda point utama yang harus di ambil kira untuk mewujudkan konsep kabinet dapur moden.


1. Konsep Dapur Terbuka (Open)

Konsep dapur terbuka dapat memberikan pengudaraan yang baik untuk dapur anda. Tidak semua pengguna mahukan atau suka kepada konsep ini kerana ruang dapur dapat dilihat dari bahagian luar dapur. Tetapi dengan memilih konsep open ini, ruang rumah anda akan nampak luas sekaligus mewujudkan konsep dapur moden. Selain itu juga, circulation di dalam rumah anda nampak tenang dan tidak banyak dinding penghalang laluan. Konsep ini biasanya akan di guna untuk rumah jenis condominium atau apartment kerana bentuk fizikal saiz rumah.


2. Warna Dinding

Untuk rekaan kabinet dapur jenis penuh sampai siling, warna pada dinding sudah bukan isu kerana keseluruhan dinding kabinet dapur sudah di tutup dengan kabinet. Tapi untuk anda yang memilih untuk kabinet bukan tutup penuh sampai ke siling, pilihan warna juga harus di ambil kira. Dengan mengenakan warna tenang seperti light grey, dapat memberikan kesan konsep moden dan harus di padankan dengan pemilihan warna kabinet dapur. Warna ini juga mudah dipadankan dengan apa – apa warna pilihan pintu kabinet dapur atau erti kata lain ‘warna selamat’.


3. Padanan 2 Tone Warna Kabinet

Dengan cara kombinasi 2 warna bahagian kabinet, ianya dapatkan mewujudkan konsep dapur moden. Pemilihan 2 warna haruslah padan. Jika anda sudah pilih kontraktor bina kabinet, senang untuk anda mendapatkan ilustrasi 3D untuk membuat pemilihan warna kabinet. Dengan ilustrasi 3D ini anda tidak akan buat silap untuk pemilihan kombinasi warna kabinet dapur anda.

Corak kayu dan dipadankan dengan warna solid dark sangat sesuai dan dapat mewudjudkan konsep moden rustic. Sebaliknya pula jika pemilihan warna berani seperti merah, kuning, biru dan sebagainya, warna sesuai dipadankan adalah putih. Kerana perlu ingat penggunaan warna2 berani 100% pada pintu kabinet mudah mewujudkan perasaan cepat bosan. Mungkin cantik dimata bertahan dalam 1 – 2 tahun sahaja.


4. Warna Kilat (High – Gloss)

Untuk pemillihan kemasan permukaan jenis kilat, ianya sesuai untuk warna kabinet yg cerah. Untuk warna gelap lebih sesuai dipadankan dengan warna tidak kilat (matte). Selain dapat mewujudkan konsep moden, warna cerah dan kesan kilat juga untuk suasana dapur tampak mewah luas. Juga dengan pintu kabinet dapur kilat, ianya mudah dijaga dan dibersihkan jika terkene kotoran ketika memasak di dapur. Contoh material yang sesuai adalah dari jenis pintu acrylic, glass serta Laminated.


5. Backsplash Dinding Dapur

Dengan peredaran masa kini, terdapat banyak pilihan backsplash untuk di padankan di dapur anda. Penggunaan Spain Tiles sebagai backsplash menunjukkan konsep moden English. Untuk berpindah pemilihan yang lebih moden boleh cuba dengan Subway tiles. Dengan susunan tiles yang sangat menarik dan kemas, ianya juga mewujudkan konsep moden pada dapur anda. Cuma tak bagusnya jika penggunaan tiles sebagai backsplash di dapur masak adalah jika minyak atau kesan – kesan masakan mudah tertinggal pada celah – celah sambungan tiles dan sukar untuk di bersihkan.

Oleh itu. boleh memilih backsplash jenis laminated yang kalis air dan tahan panas seperti Tempered Glass dan Cerarl Panel. Corak – corak natural pada laminated Cerarl Panel itu sangat sesuai untuk penggayaan konsep dapur moden. Mudah di cuci sera dibersihkan kerana sambungan panel yang tidak nampak dan sangat rapat.


6. Bar Counter & Island Kabinet

Sebagai menjadi ruang mini table dining, bar counter juga boleh menjadi ruang simpanan barang dan peralatan dapur. Dengan adanya bar counter juga dapat memberikan kesan moden kabinet dapur anda. Selain itu, bar counter juga boleh menjadi sebagai pembahagi ruang antara ruang makan da dapur. Dapur nampak mewah dan luas jika anda memilih bar counter untuk dimuatkan dalam ruang dapur anda.


7. Lampu Gantung / Pendant Light

Selain sebagai fungsi pencahayaan, lampu gantung juga memainkan peranan penting untuk mencantikkan ruang di samping menjadikan ruang dapur cantik, kemas serta nampak lebih ceria dan penampilan dapur moden bergaya. Kedudukan yang sesuai adalah diletakkan pada centre bar counter.


8. Lampu T5 Pada Kabinet Gantung

Untuk menampakkan kesan moden pada kabinet, lampu T5 adalah menjadi keutamaan selain menyerlahkan lagi rekaan kabinet dapur anda. Warna lampu yang sesuai adalah jenis ‘warm white’. Warna lampu jenis ni mudah di padankan dengan apa – apa warna pilihan kabinet dapur anda. Selain untuk cantik, lampu ini juga berfungsi sebagai pencahayaan pada ruang kerja ketika memasak di dapur.


9. Handle / Pemegang Buka Pintu

Handle yang paling sesuai untuk di padankan dengan kabinet dapur konsep moden adalah jenis hidden. Boleh memilih jenis potong 45 degree atau konsep Hidden Handle. Kabinet dapur anda nampak moden dan bergaya dengan penggunaan handle jenis ini. Selain itu, ianya tidak perlu diselenggara kerana ia tidak akan rosak. Apa yang bagusnya adalah si kecil anda tidak boleh buka pintu kabinet kerana ianya tidak mempunya knob untuk membuka.


10. Table Top Kabinet Dapur

Untuk menampilkan konsep moden pada ruang kabinet, anda boleh mencuba jenis Quartz Stone. Selain ia mempunyai kesan kilat pada permukaan, ia juga mudah dicuci untuk kotoran di dapur. Warna grey sesuai di padankan dengan pilihan warna kabinet gelap mahupun cerah.

Untuk ada yang berani untuk cuba lain dari yang lain, boleh memilih Kompacplus sebagai kemasan permukaan dapur anda. Dengan bentuk fizikalnya yang nipis, ianya juga nampak lain dari yang lain untuk kabinet dapur sedia ada. Kombinasi warna corak kayu table top sangat sesuai di padankan dengan pintu kabinet warna dan kilat. Konsep moden dapat diterapkan pada pilihan ini.


11. Konsep Island ‘Water Fall’

Konsep bar countertop dan island kabinet ‘Water Fall’. Dengan sambungan bahagian sisi menegak terus ke permukaan table top bar counter ianya juga dapat menyerlahkan lagi design moden kabinet dapur anda. Semua jenis kemasan table top sesuai dan boleh dibuat konsep table top water fall.


Sekian sedikit sebanyak perkongsian kami mengenai Pilihan Konsep Kabinet Dapur Moden Terkini. Harap dapat membantu sebelum anda buat pilihan dan tempahan kabinet nanti.

Untuk keterangan lanjut boleh terus lawati Showroom kami untuk membuat tempahan atau dapatkan Sebut Harga secara dalam talian,

[+] Whatsapp Sales Designer Kami (AZRI)


Comments are closed.