7 Tips Dekorasi Dapur Menarik

Sesetengah rumah baru zaman sekarang dijual datang sekali dengan kabinet dapur untuk meraih minat pembeli. Jadi untuk rumah yang dibeli tidak datang dengan kabinet dapur, disini kami kongsikan 7 tips dekorasi dapur menarik.

Bagaimana hendak mendapatkan kreativiti ruang dapur yang mempunyai dekorasi manarik dan terbaik?

Seperti yang kita ketahui, ruang dapur amat penting penting untuk sebuah rumah. Menjadi tempat memasak, menyimpan peralatan makan, tempat makan dan sebagainya. Susunan dekorasi ruang dapur bergantung pada cara kita kendalikan peralatang di dalam ruang dapur agar tersusun rapi dan kemas walaupun ruang dapur sempit. Teruskan membaca untuk mengetahui cara – cara mendapatkan dekorasi ruang dapur yang menarik.


1. Keluasan ruang di dapur. 

Bagi yang mempunyai ruang dapur yang besar dan luas, pasti anda tidak mempunyai banyak masalah untuk membuat susun atur kabinet. Kreativiti dekorasi idaman anda pastilah tidak terbatas. Segala benda dengan mudah boleh dimasukkankan dan susun. Aliran laluan tidak terbatas dan mudah untuk pergerakan semasa di dapur.

Namun bagi yang mempunyai ruang dapur yang terhad dan sempit, ianya memerlukan sedikit kebijaksanaan dan daya kreativiti dalam membuat susun atur. Ruang yang kecil bukan penghalang untuk menghasilkan dekorasi dapur yang menarik. Rekaan kabinet dapur (Ceiling Height) boleh dijadikan pilihan untuk mendapatkan ruang penyimpanan yang maximum.

Apa yang penting, pastikan keputusan untuk memilih susun atur kabinet dapur tidak akan halang laluan dan pergerakan ketika memasak di dapur dan ruang simpanan dapat tampung smua peralatan di dapur.


2. Peralatan di dapur

Kreativiti Dekorasi Ruang Dapur sudah tentu yang wajib ada adalah dapur untuk memasak. Singki untuk mencuci dan sebuah peti sejuk. Tambahan pula adalah kabinet dapur dan set kerusi meja. Ini adalah asas bagi sebuah dapur. Anda perlu sedikit sentuhan kreativiti dalam memastikan kedudukan peralatan ini berada di lokasi yang berdekatan tetapi mempunyai ruang yang selamat untuk memudahkan anda bergerak dan melakukan aktiviti di dapur.

Rancang ruang simpanan setiap peralatan supaya selamat dan tidak bahaya di kemudian hari. Konsep (Tall Unit Kitchen Storage) sama ada untuk memuatkan oven atau microwave, ia juga boleh dijadikan ruang penyimpanan untuk peralatan besar dalam kabinet dapur.


3. Pencahayaan dan pengudaraan di dapur

Terbahagi kepada 2 iaitu (Natural) bukaan tingkap dan (Mechanical) kipas & lampu. Kreativiti dekorasi ruang dapur, pengudaraan dan pencahayaan cukup penting bagi ruang dapur. Ingat, gula dan garam hampir sama tapi berbeza rasa, tanpa cahaya manakan mampu dengan mata kasar anda membezakannya

Pastikan juga lampu berada di kedudukan dan posisi yang betul dan tepat agar anda tidak membayangai tempat kerja anda serta cukup terang untuk anda melihat sesuatu benda dengan mudah.

Penggunaan (Roller Blind) yang cerah boleh dijadikan pilihan untuk ruang dapur tampil cerah dan luas. Konsep (Light Trough) yang di letakkan di bawah kabinet gantung (Wall Unit Kitchen), selain fungsi untuk dekorasi, ia juga boleh menambah pencahayaan di ruang dapur.


4. Pemilihan material kabinet dapur

Sebuah dapur adalah lokasi dimana tempat yang amat mudah kotor dan basah. Oleh itu, material untuk permukaan lantai dan dinding mestilah mudah dicuci. Terutama di dinding dapur dan singki.

Tile jenis (homogeneous tiles) adalah pilihan terbaik untuk lantai untuk pastikan ianya jenis yang tidak terlalu licin. Bahagaian dinding pula pemilihan (Backsplash Wall Kitchen) jenis licin adalah yang terbaik untuk mudah dicuci dan dibersihkan. Antara pilihan bahan adalah tiles, glass, Cerarl laminated. Pastikan bahan yang dipilih kalis air dan tahan haba dan panas.

Begitu juga dengan peralatan seperti kabinet dapur, pastikan juga ianya adalah material yang tahan pada panas, tahan basah, lasak dan mudah dicuci. Pastikan kita tahu dan dapat nasihat daripada yang pakar tentang kelebihan & kebburukan untuk stiap jenis pilihan bahan untuk membuat kabinet.


5. Pemilihan warna kabinet dapur

Salah satu elemen penting konsep rekaan kabinet dapur adalah pemilihan warna. Selain itu, warna juga boleh menunjukkan ekspresi si pemilik dapur. Warna menyerlah atau cerah sangat sesuai dengan kesan kilat di permukaan. Acrilic, 3G Glass, 4G Glass, HPL Laminated antara pilihan material yang kilat. Kesan kilat dapat menonjolkan warna dan nampak lebih mewah.

Berbeza pula dengan warna gelap atau hitam, kesan warna tidak kilat (matte) lebih sesuai untuk dipilih. Tampil konsep garang dan (Modern Luxury). Kesan kotoran juga kurang nampak dengan pilihan warna gelap. Antara contoh bahan terdiri daripada Melamine Board, Spray Paint, Powder Coat, HPL Laminated.


6. Perhiasan di dapur

Jangan biarkan dapur anda kelihatan suram dan tidak menarik. Hiasilah dapur anda. Gunakan kreativiti untuk mencantikkan dekorasi ruang dapur idaman anda.

Anda boleh alaskan meja anda dan hiaskan ia dengan pasu bersama bunga yang segar. Gantunglah sesuatu di dinding dapur anda dengan perhiasan seperti gambar, jam dan apa sahaja yang menarik untuk menceriakan suasana ruang dapur anda. Berikan juga langsir atau bidai yang bersesuaian untuk tingkap, tidaklah ianya kelihatan bogel sahaja.

Untuk aksesori kabinet dan bahagian dapur, pastikan ianya sesuai dan mempunyai fungsi bila ia diletakkan. Apa yang penting ia tidak halang pergerakan kerja di dapur.


7. Keselamatan di dapur

Di dapur adalah tempat dimana kemalangan amat mudah berlaku. Kecuaian akan mendatangkan padah. Oleh itu, dekorasi ruang dapur anda mestilah menitik beratkan faktor keselamatan agar dapat mengurangkan risiko kemalangan. Selain itu, sediakan alat pemadam api di dapur untuk apabila berlaku kecemasan.

Antaranya adalah seperti tempat letak peralatan tajam seperti pisau mestilah di kedudukan yang selamat dari mudah di capai si kecil anda. Tong gas pula sebaiknya tidak terdedah. Pendawaian elektrik tersorok dan jauh dari tempat memasak dan singki. Sediakan ruang simpanan yang cukup untuk menempatkan setiap barang dan peralatan dapur.

Konsep (Hidden Handle) pada pintu kabinet dapur sangat sesuai kerana ketika melakukan kerja di dapur, dapat mengelakkan daripada tersangkut dan terlanggar di bahagian pinggang atau baju anda. Untuk si kecil pula, dapat mengelakkan daripada hentak di kepala.


Sekian sedikit sebanyak perkongsian kami mengenai tips menarik kabinet dapur. Harap dapat membantu sebelum anda buat pilihan dan tempahan kabinet nanti.

Untuk keterangan lanjut boleh terus lawati Showroom kami untuk membuat tempahan atau dapatkan Sebut Harga secara dalam talian,

[+] Whatsapp Sales Designer Kami (AZRI)


Comments are closed.