5 Pilihan Backsplash Dinding Kabinet Dapur

Semasa kita merancang untuk bina kabinet dapur, jangan terlupa pada satu elemen bahagian yang agak penting iaitu Backsplash. Fungsi utama sebagai pelindung dinding daripada terkena kotoran masakan dan percikan air seterusnya menjadikan kabinet dapur anda tahan lebih lama.

Kemasan pada dinding dapur (Backsplash) dapat menaikkan mutu, nilai dan seri pada ruang kabinet dapur rumah anda.

Pemilihan Backsplash dinding kabinet dapur memberikan impak besar bagi konsep rekaan rumah anda. Entri ini kami kongsikan supaya anda mudah buat keputusan bila memilih jenis backsplash dapur anda atas dasar faktor-faktor utama berikut :

Kos Bahan dan Pemasangan

Dasar faktor yang utama adalah bahan yang dipilih mampu milik dari segi kos bahan, pemasangan dan penyelenggaraan.

Konsep dan Penggayaan

Setiap jenis bahan yang dipilih mempunyai kesan yang berbeza pada konsep dan penggayaan kabinet dapur anda. Jadi pastikan membuat pilihan yang tepat untuk penggayaan Backsplash kabinet dapur anda.

Fungsi dan Ketahanan

Boleh dikatakan smua jenis Backsplash kabinet dapur mempunya fungsi yang sama tetapi ketahanan yang berbeza. Jadi pastikan Backsplash anda boleh tahan daripada air dan suhu panas kerana ini adalah fungsi utamanya.

Penyelenggaraan

Pastikan Backsplash yang sudah siap dipasang mudah di selenggara dan tidak mudah rosak. Jadi sebelum buat pilihan, dapatkan info dan nasihat secukupnya dari pembekal Kabinet dapur atau Tukang renovasi rumah anda.


1. Jubin Porcelain / Seramik

Antara bahan Backsplash yang Evergreen dan menjadi pilihan ramai kerana potongan saiz dan rekaan corak yang versatile mudah untuk dipadankan untuk semua jenis konsep rekaan Kabinet dapur. Kos berubah – ubah mengikut saiz, corak, ketebalan dan kualiti. Bergantung pada kreativiti pengguna, kerana cara susunan pemasangan jubin menjadikan ia unik dan façade Treatment yang baik.

  • Harga berubah – ubah mengikut saiz, corak dan kualiti.
  • Kalis air, minyak dan tahan panas.
  • Sesuai digunakan pada dapur kering dan basah.
  • Terdapat banyak pilihan variasi warna, corak dan kualiti di pasaran.
  • Mempunyai kesan sambungan jubin, makan kesan minyak dan kotoran sukar dibersihkan di bahagian celahan sambungan.
  • Jika pemasang jubin kurang professional, maka dalam jangka masa pendek jubin mudah tertanggal dari dinding dan mudah pecah.
  • Sukar mendapatkan warna yang seragam jika jubin pecah untuk digantikan di kemudian hari.

Untuk Tukang renovasi rumah, tidak menjadi masalah jika Jubin dipasang sebelum atau selepas kabinet dapur siap di pasang. Tapi seeloknya, jubin di pasang sebelum kabinet dapur di pasang ini kerana mengelakkan rosak atau kotor pada kabinet dapur yang dah siap di pasang.


2. Glass Mosaic

Terdapat banyak pilihan warna, corak dan saiz. Campuran kepingan kaca dan seramik menjadikan penggunaan bahan ni tampak lebih menarik dan estetika tersendiri. Akan tetapi Glass Mosaic mempunyai banyak kesan sambungan di setiap kepingan. Ini menjadikan kesan kotoran dan minyak mudah menyerap di bahagian celahan. Mungkin sebab ini, glass mosaic kini kurang digunakan sebagai medium utama Backsplash kabinet dapur.

  • Harga berubah – ubah mengikut saiz, corak dan kualiti.
  • Kalis air, minyak dan tahan panas.
  • Sesuai digunakan pada dapur kering dan basah.
  • Terdapat banyak pilihan variasi warna, corak dan kualiti di pasaran.
  • Mempunyai banyak kesan sambungan Glass Mosaic, maka kesan minyak dan kotoran sukar dibersihkan di bahagian celahan sambungan.
  • Memerlukan kemahiran memasang yang tinggi.
  • Jika pemasang jubin kurang professional, maka susunan Glass Mosaic tidak selari dan senada.
  • Mempunyai serapan hentakan yang lebih baik berbanding jubin seramik / porcelain.
  • Sukar mendapatkan warna yang seragam jika jubin pecah untuk digantikan di kemudian hari.

Sama seperti pemasangan Jubin, Glass Mosaic sesuai dipasang sebelum kabinet dapur di pasang. Apa yang penting, paras dan kedudukan Glass Mosaic perlu di tanda dalam Lukisan Perincian 2D bagi memudahkan Tukang renovasi rujuk semasa menjalankan kerja.


3. Quartz Stone / Marble / Granite

Kebiasaan bahan ini digunakan sebagai Table Top kabinet dapur. Selain dari itu, bahan ni juga sangat sesuai dijadikan sebagai Backsplash dinding dapur anda. Dengan padanan rona Quartz Table Top bersambung dengan Backsplash, ini menjadikan padanan rekaan permukaan nada sangat menarik. Berbeza dengan bahan lain, penggunaan bahan ini boleh di potong mengikut kesesuaian kehendak saiz menjadikan dinding Backsplash dapur anda kelihatan kepingan tanpa sambungan.

  • Harga berubah – ubah mengikut saiz dan kualiti.
  • Kalis air, minyak dan tahan panas.
  • Sesuai digunakan pada dapur kering dan basah.
  • Terdapat banyak pilihan variasi warna, corak dan kualiti di pasaran. Padanan corak sesuai mengikut pilihan kemasan permukaan Table Top bahagian kabinet dapur.
  • Tidak mempunyai kesan sambungan, maka kesan air, minyak dan kotoran sangat mudah dibersihkan.
  • Kebanyakan pembekal kabinet dapur mahir untuk memasang Backsplash Quartz dan Marble.
  • Tidak mempunyai risiko corak dan warna tidak sekata kerana ia datang dengan satu kepingan.
  • Ketebalan 16mm – 30mm ini menjadikan Backsplash Quartz dan Marble Mempunyai serapan hentakan yang baik dan tidak mudah pecah.

Pemasangan dibuat serentak dengan pemasangan permukaan Table Top kabinet dapur.


4. Kaca / Tempered Glass

Kaca yang digunakan adalah ketebalan 6mm – 10mm bagi ia boleh menahan hentakan dan haba. Sifat smulajadi kaca, ianya berkilat menjadikan ruang dinding Backsplash kabinet dapur anda sangat moden dan minimalis. Sifat berkilat kaca mudah dibersihkan daripada kesan kotoran dan minyak. Tapi perlu ingat, sifat kilat yang tinggi ini menajdikan kesan kotoran dan cap jari mudah kelihatan. Jadi anda perlu kerap membersihkan permukaan kaca supaya kaca kelihatan bersih dan terjaga rapi.

  • Harga berubah – ubah mengikut saiz dan ketebalan.
  • Kalis air, minyak dan tahan panas.
  • Sesuai digunakan pada dapur kering dan basah.
  • Spray Paint digunakan sebagai warna kemasan bagi mengelakkan warna jadi kusam untuk jangka masa panjang.
  • Kaca di potong mengikut saiz kehendak dan tidak mempunyai kesan sambungan, maka kesan air, minyak dan kotoran sangat mudah dibersihkan.
  • Tidak mempunyai risiko corak dan warna tidak sekata kerana ia datang dengan satu kepingan.
  • Kaca boleh pecah jika terdedah dengan hentakan dan panas yang tinggi.
  • Kesan tebuk lubang bahagian plug elektrik, di bahagian bucu lubang mudah retak kesan daripada penggunaan plug elektrik.

Merupakan proses terakhir skali pemasangan Backsplash kaca selepas kabinet dapur siap dipasang.


5. Panel Fiberglass

Ia adalah gentian kaca Fiberglass yang unik, direka untuk dijadikan sebagai Backsplash. Boleh terus di pasang di permukaan jubin sedia ada tanpa perlu pecahkan jubin. Dengan teknologi terkini dari Jepun, setebal 3mm Panel Fiberglass ni mampunyai daya ketahanan yang baik terhadap air, hentakan, calar dan suhu panas yang tinggi. Ini menjadikan ia sesuai dijadikan Backsplah dapur kering dan basah. Pemasangan yang mudah dan kemas kerana panel mudah di potong mengikut saiz kehendak.

Ianya dikilangkan dengan pelbagai variasi corak dan warna. Oleh kerana corak yang pelbagai tanpa kesan sambungan, ianya Nampak unik dan lain dari yang lain.

  • Harga mengikut kepingan
  • Kalis air, minyak, hentakan, calar dan tahan panas. Jadi ianya sangat mudah untuk dibersihkan
  • Sesuai digunakan pada dapur kering dan basah.
  • Sesuai untuk semua jenis konsep rekaan kabinet dapur.
  • Terdapat pelbagai variasi corak dan warna seperti Woodgrain, Stones dan Abstract.
  • Panel dipotong mengikut saiz kehendak dan tidak mempunyai kesan sambungan setiap 8 kaki panjang.
  • Tidak mempunyai risiko corak dan warna tidak sekata kerana ia datang dengan satu kepingan.

Merupakan proses terakhir skali pemasangan selepas kabinet dapur siap dipasang.


Sekian sedikit sebanyak perkongsian kami mengenai 5 Pilihan Backsplash Dinding Kabinet Dapur. Harap dapat membantu sebelum anda buat pilihan dan tempahan kabinet nanti.

Untuk keterangan lanjut boleh terus lawati Showroom kami untuk membuat tempahan atau dapatkan Sebut Harga secara dalam talian,

[+] Whatsapp Sales Designer Kami (AZRI)

[+] Whatsapp Sales Designer Kami (AZRI)


Comments are closed.