AZR Kitchen Pengeluar Kabinet Dapur Sejak 2009

1. Masih survey Kabinet Dapur, tapi masih belum jumpa Pilihan Terbaik..?

2. Sudah survey tapi Buntu untuk Buat Pilihan..?

3. Sudah buat pilihan tapi Risau Tersalah Pilih Carpenter..?

Ini adalah 3 diantara 1001 masalah yang sering terjadi dan sering berlegar di buah fikiran kita.

Apakata kami kongsi sedikit info yang sangat berguna & boleh diguna pakai untuk penyelesaian masalah di atas supaya anda faham dan tahu dengan siapa anda patut berurusan…


Masa kini, sering kita dengar isu berkaitan Kontraktor buat kerja separuh jalan, Kontraktor Lari, Kontraktor kurang mahir dengan spesifikasi Kabinet Dapur, Perkhidmatan selepas jualan dan bermacam-macam lagi.

Jadi anda sebagai pengguna pasti risau jika masalah ini terjadi pada anda. Mana tidaknya, sudah keluarkan duit simpanan, tapi anda tidak dapat Kabinet Dapur apa yang anda impikan.

Jangan terlalu ghairah dengan harga kabinet dapur yang murah. Harga Kabinet Dapur yang murah, dimana kualitinya.? Kabinet dapur yang Mahal pula, berbaloi ke.?

Untuk mengelakkan dari terjadinya masalah isu yang tak diingini di kemudian hari, ikuti Langkah yang ingin kami kongsikan.

Semoga coretan pendek kami ini bermanfaat untuk anda.

Burung Murai Hinggap di Dahan,
Terbang Tinggi di Dalam Hutan,
Kabinet Dapur Cantik Pelbagai Rekaan,
Harga Berpatutan Menjadi Keutamaan.

6 ELEMEN PENTING WAJIB AMBIL KIRA KETIKA BUAT PERBANDINGAN DAN PILIHAN KABINET DAPUR

1. Bilik Pameran Kabinet Dapur

Sudah menjadi kebiasaan, anda berurusan terus jemput Kontraktor untuk datang ke rumah / tapak. Jadi Kontraktor terus kirakan harga Kabinet Dapur dan tanpa usul periksa, anda terus buat bayaran Deposit. Ini adalah kesilapan yang sering terjadi.

Lawati terlebih dahulu Bilik Pameran atau Kilang untuk memastikan Syarikat wujud.

Yang pertama, pastikan syarikat mempunyai Bilik Pameran. Selain anda dapat memilih setiap bahan dan jenis kabinet dapur dikeluarkan, anda juga mudah menilai kualiti dan kemasan kerja.

Bilik Pameran AZR Kitchen

Oleh kerana AZR adalah Perunding Hiasan Dalaman, sudah tentu kami mempunyai Bilik Pameran untuk anda kunjungi dan menilai kualiti kemasan kerja kami hasilkan.

Bilik Pameran yang luas dan Kami muatkan kesemua contoh unit Kabinet Dapur dan lain-lain Binaan Kabinet. Ia memudahkan anda untuk menilai tahap Kekemasan dan Ketelitian setiap kabinet yang dihasilkan.


2. Designer (Pereka Hiasan Dalaman)

Jika anda terus ke Tukang Kabinet, mungkin tiada Designer. Bila tiada designer, maka tiada lah Lukisan Skematik 2D dan 3D Perspektif. Ini menjadi masalah untuk anda rancang susunatur kabinet dapur dengan betul dan lebih bahaya lagi, sukar untuk buat pilihan warna kabinet.

Designer memainkan peranan penting untuk rekaan Kabinet Dapur anda. Uji kecekapan designer, tanyakan ukuran – ukuran penting seperti jarak kedudukan kebinet, jarak pergerakan, saiz paras tinggi kabinet, keududukan soket elektrik dan perpaipan sinki.

Pastikan designer menyediakan Lukisan 2D & 3D.

Pelanggan mendapat Rundingan dari Pakar Kabinet kami

Pereka Dalaman AZR akan menyediakan lukisan lengkap kabinet dapur bermula dari Skematik 2D sehingga gambaran 3D Perspektif ‘Render’ untuk anda lebih mudah membuat keputusan dan mengelakkan modifikasi kemudian hari.

Pereka AZR akan beri cadangan susunatur kabinet dapur bagi Memaksimumkan Penggunaan Ruang dan Meminimumkan Ruang negatif selaras dengan kos yang anda sediakan. Itu pentingnya bila ada Lukisan Perincian 2D dan Lukisan Persembahan 3D.


3. Kilang Fabrikasi

Di pasaran mudah kita dengar ‘Terus Dari Kilang’. Tapi, adakah kilang sendiri atau hanya ungkapan ‘Sales Trick’ sahaja.? Jika kilang sendiri, adakah kilang itu mempunyai kelengkapan mesin teknologi tinggi atau masih menggunakan cara lama iaitu manual.

Tidak salah jika anda ingin dapatkan alamat kilang dari syarikat untuk mendapatkan kepastian. Sebab utama jika Syarikat mempunyai kilang sendiri, hasil kerja mudah dipantau berbanding syarikat yang menggunakan perkhidmatan pihak ke-tiga iaitu ‘Sub Kontraktor’.

Masalah yang sering timbul bila menggunakan ‘Sub Kontraktor’ adalah Perkhidmatan Selepas Jualan.

Full-auto Cut, Edge Banding, CNC Nesting dan lain-lain Mesin AZR Kitchen

AZR Kitchen mempunyai kelengkapan Mesin Teknologi Tinggi. Dari proses awal pemotongan sehingga kemasan akhir. Ini dapat meningkat mutu dan kualiti penghasilan kabinet dapur dari kami.

Bila dah guna mesin Auto Sepenuhnya, jangka masa untuk AZR siapkan kabinet dapur pon lebih pantas. Jadi anda tidak perlu tunggu lama untuk urutan pemasngan kabinet dari kami.


4. Sebut Harga (Quotation)

Elakkan Syarikat guna kiraan harga ‘Sekali Gus’ (Lumpsum)!

Cara kiraan Lumpsum tidak telus dan mudah wujud kos tersembunyi (Hidden Cost)

Contoh Sebut Harga dari AZR Kitchen

Untuk pengiraan Sebut Harga yang lebih telus dan terperinci, AZR Kitchen akan nyatakan Spesifikasi Bahan, Saiz & Kadar Harga mengikut saiz (Rate/ft)

Dengan cara Sebut Harga dari AZR kitchen, mudah untuk anda sendiri tentukan harga akhir jika ingin buat perubahan pada saiz dan susunatur kabinet dapur.


5. Reputasi Syarikat

Kaji selidik Syarikat sudah bertapak berapa lama. Ini penting untuk ada ambil tahu kerana jika syarikat baru bertapak, banyak kekurangan pada syarikat dari segi Manpower, kelengkapan kerja dan kemahiran mengendalikan kerja dan projek.

Untuk syarikat yang sudah lama bertapak, pasti banyak pengalaman masalah dan penyelesaian sudah dilakukan dari segi katahanan, kekuatan kabinet dapur yang boleh dihasilkan serta cara proses menyiapkan kerja.

Kilang Fabrikasi Kabinet AZR Kitchen

AZR Kitchen adalah Designer & Kilang Kabinet sejak tahun 2009. Sehingga kini, lebih 5000 set Kabinet sudah kami siapkan.


6. Testimoni Pengguna

Yang akhir sekali, sekurang-kurangnya buat Carian & Tinjauan Syarikat. Pastikan sudah ada Bukti menyiapkan kerja dengan cemerlang dan mempunyai Testimoni dari Pelanggan yang Berpuas Hati.

Klik gambar untuk lihat Video Apa Kata Pelanggan AZR Kitchen

Testimoni pengguna yang sudah menerima perkhidmatan dari AZR Kitchen dan Berpuashati


BAGAIMANA

Cara Kami mengekalkan Harga Kilang.?

AZR Kitchen tidak‘sub’ atau bayaran tambahan dari Kontraktor luar. Semua kerja pembikinan kami buat sendiri dari proses awal Rundingan, Rekaan, Pembuatan Fabrikasi, Penghantaran dan seterusnya Pemasangan.

Cara ini dapat mengelakkan ‘markup’ harga dari pihak ketiga dan yang penting Perkhidmatan, Kualiti dan Mutu Kerja mudah dipantau.


BAGAIMANA

Cara Anda untuk dapatkan Harga Kilang dari Kami.?

Secara asasnya, semakin banyak unit kabinet yang anda buat, semakin rendah kadar harga yang akan anda dapat.

Jadi, Kami sedang buat Promosi Kabinet Lengkap 1 Rumah dengan kadar harga sangat berpatutan semestinya terus dari Kilang Fabrikasi kami.

Promosi Terkini Kabinet Lengkap Satu Rumah

Belajar melukis bersama suami,
Melakar kabinet yang diingini,
Marilah datang ke showroom kami,
Merialisasikan impian yang telah lama diidami.

Sekian sedikit sebanyak perkongsian kami mengenai 6 Cara yang Betul Membuat Pemilihan dan Perbandingan Kabinet Dapur. Harap dapat membantu sebelum anda buat pilihan dan tempahan kabinet nanti.

Untuk keterangan lanjut boleh terus lawati Showroom kami untuk membuat tempahan atau dapatkan Sebut Harga secara dalam talian,

[+] Whatsapp Sales Designer Kami (AZRI)

[+] Whatsapp Sales Designer Kami (AZRI)


Comments are closed.