Ketahui Kabinet Dapur Melamine

Sebelum anda membuat keputusan untuk pemilihan bahan kabinet dapur anda, amatlah penting untuk mengetahui kualiti, ketahanan, pilihan warna dan harga untuk bahan.

Di sini kami kongsikan info tentang Melamine Board. Senang nanti bila ke kilang kabinet untuk survey, anda sudah ada info. Jadi anda tidak mudah tertipu atau di tipu. Teruskan membaca.

Terdapat banyak pilihan bahan untuk kabinet dapur. Bahan yang menjadi pilihan ramai adalah Melamine ABS kerana harga yang lebih murah dan mempunyai kuali bahan yang baik. Mempunyai kepelbagaian pilihan warna, ini menjadikan Melamine ABS mudah untuk digayakan di ruang kabinet dapur rumah anda.


DEFINISI BAHAN MELAMINE BOARD

Adalah diperbuat daripada kerepek kayu, serat papan, habuk papan, dan gam sintetik atau pengikat yang sesuai, dan ia di mampatkan (Compress Process).

Setelah itu, ianya disalut dengan Laminated (Finishing Process) yang kemudiannya di kilangkan dalam pelbagai corak dan variasi warna.


JENIS BAHAN MELAMINE BOARD

Dengan teknologi yang terkini, Melamine Board datang dengan 2 variasi kualiti. Ianya terdiri daripada :-

  • Non-moisture Resistant (UF) grade. (Tidak Tahan Lembapan)
  • Moisture Resistant (MUF) grade. (Tahan Lembapan)

Tapi perlu ingat, Melamine Board adalah bahan buatan atau kayu proses semula. Jadi bukanlah jenis yg kalis air 100%. Jadi dapatkan nasihat dan pandangan pada yang pakar untuk bahagian yang terdedah dengan air seperti sinki untuk guna jenis yang kalis air 100%.

Di Malaysia, Melamine Board juga datang dengan beberapa variasi antaranya ialah:-

1. Plain Face Board

Jenis yang tidak disaluti laminated. Jadi ia dtang kosong tanpa warna. Oleh kerana ia tidak mempunyai Laminated Melamine, jadi jenis yang ade untuk bahan ni adalah Non-moisture Resistant sahaja.


2. Decorative Face Board : Solid Colour, Fabric Texture, Woodgrain, Décor Colour

Jenis yang disaluti Laminated Furnishing. Ia datang dengan pelbagai variasi pilihan warna. Antaranya ialah Solid Colour, Fabric Texture, Woodgrain dan Décor Colour.  Jenis yang ade untuk bahan ni adalah Moisture Resistant.

Saiz Melamine Board juga terdapat beberapa saiz.  6ft x 8ft dan 4ft x 8ft. Untuk ketebalan papan bermula daripada 9, 12, 15, 16, 18, 25 dan 30mm thickness.


Pada asasnya, segala sesuatu pasti tidak ada yang sempurna 100%. Pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Jadi disini kami akan kongsikan beberapa info kelebihan dan kekurangan kabinet dapur yang diperbuat dari Melamine Board

KELEBIHAN KABINET DAPUR MELAMINE

Ketahanan

Oleh kerana Melamine Board disaluti Laminated sebagai Furnisihing, jadi ia Kalis lembapan, panas, kotoran dan mudah untuk dibersihkan. Melamine Board juga dilengkapi dengan ciri-ciri anti anai-anai. Selain itu, ia tahan dari air, alcohol atau apa2 jenis bahan kimia lain. Ini lebih memudahkan lagi si pemilik dapur untuk mencuci selepas memasak.

Ia juga mempunyai ketahanan yang bagus terhadap hentakan (tanda bekas akibat tumpukan / packing mark). Tahap kekerasan yang sempurna sehingga Melamine Board mempunyai daya tahan calar yang sangat baik.

Kemasan (Furnishing)

Mempunyai kesan salutan Laminated yang sangat mulus untuk permukaan Melamine Board, ianya nampak sangat kemas. Dalam erti kata lain jika anda memilih corak Woodgrain, kemasan luarnya nampak seperti kayu asli.

Selain itu, warna permukaanya juga tidak mudah pudar. Jika kabinet tidak terdedah dengan air, kabinet boleh tahan sampai lebih 15 tahun dan warnanya juga turut tidak berubah.

Oleh kerana Melamine Board adalah bahan buatan atau kayu proses semula, setiap kepingan papan mempunyai kemasan yang konsisten dan seragam. Tidak seperti kayu lain yang berbeza-beza corak dan tone warna untuk setiap kepingan.

Variasi Corak Warna dan Texture

Melamine Board adalah bahan buatan atau kayu proses semula. Jadi pelbagai corak dan warna boleh dipilih bergantung kepada citarasa anda. Bagi AZR Kitchen Cabinet pula, kami mempunyai corak Solid Colour, Fabric Texture, Woodgrain, Décor Colour. Untuk kesemua kelas pilihan warna ni ade terdapat lebih 100 pilihan warna yang boleh dipilih.

Harga Murah

Jika di bandingkan dengan kayu pepejal (Solid Wood), Solid Plywood, Glass, Acrilic dan Aluminium, harga Melamine Board jauh lebih murah. Ini menjadikan anda dapat menjimatkan kos dan dapat kabinet dapur yang tahan dan berkualiti.


KEKURANGAN KABINET DAPUR MELAMINE

Lokasi Kabinet Dapur

Oleh kerana Melamine Board tidak mempunyai tahap ketahanan kalis air 100%, jadi ia tidak sesuai untuk kabinet exterior dan juga kawasan yang basah seperti di bilik air. Untuk bahagian kabinet dapur, kawasan yang terdedah dengan air seperti sinki perlu untuk guna jenis yang kalis air 100%.

Fabrikasi Kabinet

Perlu ingat yang Melamine Board bukan kayu asli, jadi ia boleh retak dan pecah. Maksudnya, fabrikasi kabinet di kilang boleh terjadinya retak pada papan terutama di bahagian penyambungan akibat paku atau skru oleh si pembuat kabinet yang kurang mahir.

Berat Kabinet

Kalau di bandingkan dengan kayu asli, Melamine Board memang lagi berat. Berat ni bukan masalah bagi si pemilik kerana kesukaran pemasangan akan dihadapi oleh si pembuat kabinet dapur. Memerlukan kakitangan yang ramai untuk angkat dan perlu skill yang tinggi untuk memasang. Penggunaan dan cara memasang wall bracket, paku dan skru juga harus dilakukan dengan teliti. Dalam erti kata lain, serahkan pada yang pakar.


Sekian sedikit sebanyak perkongsian kami mengenai kabinet dapur melamine. Harap dapat membantu sebelum anda buat pilihan dan tempahan kabinet nanti.

Untuk keterangan lanjut boleh terus lawati Showroom kami untuk membuat tempahan atau dapatkan Sebut Harga secara dalam talian,

[+] Whatsapp Sales Designer Kami (AZRI)


Comments are closed.