Di masa kini terdapat banyak pilihan pintu kabinet dapur di pasaran. Sebelum anda membuat keputusan untuk pemilihan bahan kabinet dapur anda, amatlah penting untuk mengetahui kualiti, ketahanan, pilihan warna dan harga untuk bahan.
Entri ini kami kongsikan info tentang pintu kabinet dapur jenis Blockboard (Solid Plywood) dan kemasan HPL Lamainted (Formica).
Di AZR Kitchen Cabinet, kami akan syorkan anda untuk menggunakan pintu kabinet dapur jenis ini kerana ia bnyak kelebihan daripada kekurangan. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih informasi berkenaan kayu Blockboard dan kemasan HPL Laminated (Formica).
Definisi Blockboard c/w HPL Laminated (Formica)
Blockboard terdiri daripada susunan jalur kayu blok jenis (Resak), disusun dari tepi ke tepi antara dua lapisan papan lapis, dan kemudian dilekatkan bersama di bawah tekanan bersuhu tinggi. Setebal 18mm thickness digunakan untuk bahagian pintu kabinet dapur supaya ianya tahan dan kukuh.
Untuk menggunakan kayu ini, HPL Laminated @ Formica (Brand Laminated) diperlukan untuk bahagian permukaan kemasan luar. Ia dilekatkan menggunakan gam khas di atas papan Blockbaord. Kebiasaan ketebalan laminated yang digunakan adalah 1mm.
Fungsi lain Blockbaord & Saiz
Selain dari dari digunakan untuk membuat kabinet dapur, Blockboard juga sesuai untuk digunakan untuk perabut siap seperti katil, meja, bangku panjang, panel dinding dan digunakan secara meluas untuk membina pintu dalaman dan luaran rumah.
Blockboard tersedia dalam saiz 4ft x 8ft dan ketebalan 12mm, 15mm, 18mm, 25mm, 30mm, 35mm, 40mm, 45mm dan 50mm. Harganya berbeza berdasarkan ukuran dan ketebalan kepingan papan. Untuk bahagian pintu kabinet dapur, menggunakan saiz tebal 18mm.
Kemasan Permukaan
Blockboard di kilangkan dengan 3 pilihan permukaan kemasan
- Blockbaord kosong tanpa warna (Natural Wood Colour)
- Blockbaord 1 side permukaan warna putih
- Blockbaord 2 side permukaan warna putih
Jadi di bahagian pintu kabinet dapur akan menggunakan jenis blockboard 1 side permukaan warna putih dan kemasan bahagian luar akan di kemaskan menggunakan HPL Laminated (Formica).
Oleh kerana menggunakan HPL Laminated (Formica) sebagai kemasan luar, jadi pelbagai variasi pilihan warna yang tersedia. Antaranya ialah Solid Colour (matte & High Gloss), Fabric Texture, Woodgrain, Natural, Graphic colour dan berbagai lagi.
Pada asasnya, segala sesuatu pasti tidak ada yang sempurna 100%. Pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Jadi disini kami akan kongsikan beberapa info kelebihan dan kekurangan kabinet dapur yang menggunakan Blockboard c/w HPL Laminated (Formica) sebagai kemasan bahagian pintu.
KELEBIHAN PINTU KABINET DAPUR Blockboard c/w HPL Laminated (Formica)
- Pintu ringan berbanding jenis pintu kabinet yang lain. Jadi higers pintu tidak mudah rosak dan level pintu akan selari untuk jangka masa yang lama.
- Papan Blockboard tidak mudah pecah atau retak. Jadi ia mempunyai serapan hentakan yang baik dan kukuh.
- Blockboard kalis lembapan dan tahan kepada air. Permukaan Formica pula kalis air. Jadi ia sesuai untik di gunakan di bahagian pintu kabinet dapur basah dan juga dapur kering.
- Permukaan HPL Laminated Formica tidak mudah untuk calar. Mempunyai kualiti bahan yang tinggi.
- Sesuai untuk semua jenis konsep dan tema dapur seperti Moden, Moden Tropikal, Moden Kontemporari, Moden Luxury.
- Mempunyai kemasan pelbagai pilihan warna dan corak.
- Kemasan permukaan Laminated Formica boleh diganti jika rosak.
- Sesuai menggunakan pelbagai jenis handle untuk pembuka pintu. Contohnya Knob, Potong 45°, Hidden, Built-in Handle.
- Bahagian profile pintu boleh menggunakan ABS atau aluminium. Jadi bahagian sudut pintu tidak mudah pecah atau rosak jika terkena hentakan apabila pintu sedang di buka.
- Mempunyai kos penyelenggaraan yang sangat minimum.
KEKURANGAN PINTU KABINET DAPUR Blockboard c/w HPL Laminated (Formica)
- Kalau pintu terlalu tinggi, ianya boleh meleding dan bengkok.
- Masalah yang sama untuk semua jenis pintu kabinet dapur yang bercorak. Iaitu Ketidakkonsistenan tekstur apabila ia di susun melintang pada setiap pintu. Perlu mempunyai skil yang tinggi untuk memotong kepingan Formica.
Sekian sedikit sebanyak perkongsian kami mengenai Pintu Kabinet Dapur Blockboard dan kemasan HPL Laminated (Formica) adalah pilihan utama untuk kabinet dapur rumah anda. Harap dapat membantu sebelum anda buat pilihan dan tempahan cabinet nanti.
Untuk keterangan lanjut boleh terus lawati Showroom kami untuk membuat tempahan atau dapatkan Sebut Harga secara dalam talian,