8 Pilihan Rekaan Kabinet Dapur Terkini

Setiap rekaan kabinet dapur yang di pilih memberikan kesan berbeza terhadap konsep dan tema untuk ruang dapur. Pemilihan rekaan kabinet dapur memainkan peranan yang penting untuk ia tahan lebih lama dan mudah untuk digunakan.

Kenal pasti terlebih dahulu citara rasa anda sebelum membuat pilihan rekaan kabinet dapur. Jika pemilihan tidak kena dengan cita rasa, mungkin anda mudah cepat bosan ketika berada di ruang dapur.

Perlu ingat setiap rekaan kabinet dapur yang menggunakan bahan yang berbeza – beza, mempunyai tahap ketahanan dan kos yang berbeza – beza. Sebelum membuat pilihan, dapatkan info secukupnya supaya mudah untuk anda membuat keputusan. Apa yang perlu diutamakan adalah dari segi kos, ketahanan, penggunaan, kemasan dan jangka hayat kabinet dapur.

Untuk senarai rekaan kabinet dapur, kami kongsikan gabungan kabinet dapur dengan penggunaan Quartz Stone sebagai kemasan permukaan cabinet dapur. Ini kerana pilihan Quartz Stone adalah yang mempunyai permintaan tinggi kerana kualiti dan ketahan nya. Serta harga nya juga sangat berpatutan.


1. Gandingan Melamine Board & Quartz Stone Table Top

Adalah diperbuat daripada serat papan, habuk papan, dan gam sintetik atau pengikat yang sesuai, dan ia di mampatkan (Compress Process). Setelah itu, ia disalut dengan Laminated (Finishing Process) yang kemudiannya di kilangkan dalam pelbagai corak dan variasi warna. Setebal 16mm digunakan untuk pintu supaya iannya tahan dan kukuh.

Sesuai untuk konsep dan tema dapur Moden, Moden Tropikal, Moden Kontemporari. Pilihan yang ekonomi dan mempunyai banyak pilihan warna dan kemasan. Untuk menaikkan lagi seri kabinet dapur, penggunaan kombinasi warna berbeza seperti Woodgrain dan Solid Colour untuk bahagian Base Unit dan Wall Unit. Corak Woodgrain antara yang mendapat permintaan tinggi.


2. Gandingan 3G Glass & Quartz Stone Table Top.

3G Glass adalah profile bingkai aluminium (Non-hidden profile) dan kaca yang disembur cat dan kemudian disokong dengan papan dibahagian belakang. Ini akan menyebabkan pintu lebih lasak dan tidak mudah pecah. Yang kurang bagusnya pintu menjadi berat dan perlu memilih Hingers yang sesuai dan tahan.

Pemukaan berkilat kerana diperbuat daripada kaca. Ianya datang sekali dengan profile bingkai aluminium (Non-hidden profile). Sesuai untuk konsep dan tema dapur Moden dan Minimalis. Kurang menjadi pilihan masa kini kerana sudah terdapat variasi pintu pilihan terkini iaitu 4G dan 5G Glass dimana tampak lebih moden dan ringkas.


3. Gandingan 4G Glass & Quartz Stone Table Top.

4G Glass adalah urutan generasi daripada 3G Glass yang di tambah baik. Profil bingkai aluminium (Hidden profile). Kaca yang disembur cat dan kemudian di gam dipermukaan bingkai aluminium dan disokong aluminium di bahagian belakang. Ini menjadikan pintu 4G Glass dapur lebih ringan berbanding pintu 3G Glass.

Harga lebih mahal berbanding pintu 3G Glass Door dan ia kalis air 100%. Pemukaan berkilat kerana diperbuat daripada kaca. Sangat sesuai untuk konsep dan tema dapur Moden. Penggunaan warna cerah seperti putih sangat sesuai dan menjadi pilihan utama kerana putih kilat sangat mudah dipadankan dengan warna dinding, backsplash dan rekaan ruang kabinet dapur.


4. Gandingan Solid Plywood c/w HPL Laminated (Blockboard) & Quartz Stone Table Top.

Block board adalah kayu asli jenis (Resak) dan kemudian disaluti HPL Laminated @ Formica (Brand Laminated) di bahagian kemasan permukaan menggunakan gam khas. Setebal 18mm digunakan untuk pintu supaya iannya tahan dan kukuh.

Pintu ringan berbanding jenis pintu kabinet yang lain. Harga yang sama mahal dengan 4G Glass Door kerana penggunaan HPL Laminated. Jenis HPL Laminated (Formica) mempengaruhi harga kabinet dapur. Blockboard tahan kepada air dan permukaan Laminated tidak mudah untuk calar. Sesuai untuk konsep dan tema dapur Moden, Moden Tropikal, Moden Kontemporari, Moden Luxury. Pilihan warna kilat sering menjadi pilihan utama. Mudah di padankan dengan warna bercorak seperti Woodgrain dan Abstrak.


5. Gandingan MDF Board Panel (Shaker Style) & Quartz Stone Table Top.

MDF adalah Medium Density Fibreboard. Konsep yang sama dengan Melamine iaitu Compress Panel. Ianya campuran daripada bahan pengawet kimia. Dikilangkan dengan 2 pilihan warna sahaja iaitu putih atau kosong tanpa warna. MDF adalah bahan yang tidak tahan kepada musuhnya iaitu air. Jadi untuk menggunakan bahan ni, semburan cat diperlukan di bahagian depan dan belakang sebagai kemasan permukaan. Teknik semburan cat lah yang menentukan kualiti atau ketahanan MDF Board.

Harga yang murah berbanding Melamine. Oleh kerana menggunakan spray paint sebagai kemasan, jadi harga MDF Board c/w Spray Paint adalah mahal. Jika teknik cat yang betul, permukaan MDF boleh tahan air. Sesuai untuk konsep dan tema dapur Moden, Moden Luxury, Moden English. Untuk jangka masa lama, warna semburan cat boleh berubah menjadi kusam.


6. Gandingan Solid Wood (Nyatoh) & Quartz Stone Table Top.

Solid Wood atau kayu pepejal adalah kayu asli. Di Malaysia jenis kayu yang digunakan untuk pembuatan kabinet dapur adalah terdiri daripada Nyatoh dan Resak. Ianya adalah daripada kayu jenis keras dan ringan. Ketebalan 23mm dipotong untuk kegunaan bahagian pintu dapur untuk mengekalkan kualiti dan ketahanan kayu. Populasi kayu jenis ini juga biasa terdapat di kawasan persisiran pantai berbatu dan hutan persisiran pantai.

Kayu jenis ini sering dipilih untuk kegunaan perabut yang bermutu tinggi dan pembuatan kabinet. Mempunyai teras kayu yang kemerahan juga ira kayu yang rapat dan berombak. Ini menjadikan pilihan pintu Nyatoh adalah sangat cantik bila mengekalkan ira corak kayu dengan mengenakan semburan Varnish di kemasan permukaan.

Harga mahal kerana kualiti dan pemprosesan bahan Sesuai untuk konsep dan tema dapur Vintage, Klasik, Klasik Kontemporari, Klasik English. Mempunyai 2 cara sebagai kemasan iaitu Varnish (Kekalkan warna kayu) atau Spray Paint (Solid colour)


7. Gandingan Solid Plywood c/w HPL Laminated (Blockboard) + Melamine & Quartz Stone Table Top.

Pilihan bahan dan rekaan kabinet dapur yang mempunyai permintaan tinggi. Kerana terdapat banyak pilihan kemasan warna untuk digayakan pada kabinet dapur anda. Kebiasaan material Solid Plywood digunakan di bahagian Base Unit dan Melamine digunakan dibahagian Wall Unit dan Tall Unit untuk mengekalkan ketahan kabinet dapur. Kesan corak kilat Laminated sangat sesuai digayakan dengan corak Woodgrain Melamine.

Warna corak cerah atau gelap  kemasan permukaan kabinet dapur Quartz Stone mudah dipadankan dengan pilihan Laminated atau Melamine. Untuk kombinasi warna dan bahan kabinet dapur, perlu terlebih dahulu dimasukkan dalam lukisan 3D supaya kombinasi warna yang dipilih dapat gambaran yang jelas dan mengelakkan dari tersalah pilih warna.


8. Gandingan Melamine + 4G Glass & Quartz Stone Table Top.

Perlu tahu untuk penggunaan glass seperti 3G dan 4G Glass hanya pada bahagian pintu kabinet dapur sahaja. Jadi untuk bahagian selebihnya seperti papan sisi, skirting, pelmet dan lain2 akan menggunakan material selain daripada glass. Jadi pilihan yang boleh dibuat, menggunakan Melamine sebagai gandingan adalah pilihan yang sesuai. Dengan pilihan warna papan Melamine yang mempunyai pelbagai varisai, anda mudah untuk padankan warna sesuai mengikut citarasa anda.

Warna kilat semula jadi glass yang di gunakan pada kemasan pintu kabinet dapur, sesuai jika kombinasi Melamine corak Woodgrain dengan pintu 4G Glass warna hitam atau putih. Sekaligus tema konsep moden atau minimalist dapat diterapkan pada rekaan kabinet dapur rumah anda. Apa yang penting, sebelum anda membuat keputusan pemilihan kombinasi warna, pastikan setiap warna yang di pilih sudah mendapat gambaran sebenar melalui lukisan perspektif 3D untuk mudah anda faham.


Sekian sedikit sebanyak perkongsian kami mengenai 8 Jenis Pilihan Rekaan Design Kabinet Dapur Terkini. Harap dapat membantu sebelum anda buat pilihan dan tempahan nanti.

Untuk keterangan lanjut boleh terus lawati Showroom kami untuk membuat tempahan atau dapatkan Sebut Harga secara dalam talian,

[+] Whatsapp Sales Designer Kami (AZRI)

[+] Whatsapp Sales Designer Kami (AZRI)


Comments are closed.