7 Langkah Bina Kabinet Dapur

Tahniah buat anda yang baru terima kunci rumah baru. Untuk yang baru selesai renovation rumah juga diucapkan tahniah. Pastinya perkara pertama yang difikirkan adalah binaan dan tempahan kabinet dapur dan kabinet dalaman.

Sebelum membuat tempahan binaan kabinet dapur, pastikan anda fahami 7 langkah utama yang perlu di buat untuk menghasilkan sebuah kabinet dapur yang menarik. Langkah ni penting supaya kabinet siap di pasang selaras dengan apa yang anda impikan.

Di AZR Kithen Kabinet kami lakukan langkah ini untuk proses binaakan kabinet rumah anda. Teruskan membaca untuk fahami setiap langkah yang perlu di lakukan sehingga selasai kabinet di pasang di rumah anda.


1. MENGUKUR

Langkah ini diperlukan jika anda tidak mempunyai perincian lengkap pelan rumah. Jadi, kami akan mengambil ukuran ruang yang disediakan untuk menilai sempadan saiz kabinet yang diperlukan.

Daripada pengukuran ini, sebut harga akan diberikan berpandukan saiz yang sudah diukur. Faktor utama harga sebuah kabinet adalah berpandukan saiz dan bahan yang dipilih.


2. PERANCANGAN

Memetakkan susun atur yang di inginkan dan ruang setiap zon mengikut saiz kabinet dan saiz barang peralatan di dapur. Untuk susun atur yang sempurna, zon memasak hendaklah terletak pada ruang yang terbesar. Seterusnya, ruang sinki perlulah ada gap atau jarak sempadan dengan ruang dapur dan perkakas elektrik. Zon simpanan atau peti sejuk tidak terlalu jauh dengan zon kerja di dapur.

Dalam perancangan ruang kabinet dapur, faktor utama perlu diambil kira adalah ruang pergerakan dan peredaran yang mencukupi. Pastikan anda dapatkan pandangan untuk saiz minimum dan maximum setiap ruang yang diperlukan.

Bagi rumah yang mempunyai saiz ruang yang agak terhad, mintak pendapat dan pandangan dari yang pakar. Utamakan kedudukan point penting di dapur seperti sinki, dapur masak dan peti sejuk. Yang penting adalah perlu mengoptimumkan penggunaan ruang kabinet supaya tidak ada berlaku pembaziran ruang (Negative Space).


3. REKA BENTUK

Penghasilan ‘Bentuk’ adalah susun atur utama yang menentukan aliran dan pergerakan ruang dapur. Mengambil kira corak kerja untuk setiap fungsi ruang. Setiap bentuk yang dihasilkan adalah mempunyai fungsi yang tersendiri.

Oleh itu, anda perlu tahu apa barang akan dimasukkan di dalam setiap ruang kabinet untuk memudahkan reka bentuk kabinet dihasilkan. Contoh (Fridge Unit) dan (Wall Unit Kitchen) adalah mempunyai ketebalan kabinet yang berbeza, jadi anda boleh asingkan barang besar dan kecil di dalam setiap ruang.

Bila dah custom kabinet, pastinya anda mahu kabinet yang di bina sampai siling level. Jadi, ukuran tinggi kabinet hanya boleh di sukat bila (Plaster Ceiling) sudah siap atau sudah marking level. Dengan kreativiti yang menarik, banyak konsep boleh diterapkan untuk bahagian atas kabinet selain dari guna (Box-up Cover).


4. LUKISAN PERINCIAN 2D & PERSPEKTIF 3D

Lukisan Perincian 2D @ (Shop Drawing) | Sebelum kerja pemotongan kayu dijalankan, kami akan siapkan dahulu lukisan terperinci 2D untuk kenalpasti kedudukan dan ukuran setiap saiz kabinet. Pastikan sebelum sampai ke langkah ni, anda sudah ada saiz peti sejuk, sinki, dapur masak, penyedut asap, oven, microwave dan semua perkakas elektrik yang ingin dimuatkan di dalam kabinet dapur.

Lukisan merangkumi :-

  • Furniture Layout Plan
  • Reflected Ceiling Layout
  • Lighting & Wiring Point Layout
  • Shop Drawing Detail Internal & External Cabinet Layout 

Lukisan Perspektif 3D | Adalah langkah paling penting untuk menterjemahkan idea dalam keadaan Visual. 3D Rendering dapat kenal pasti konsep yang dipilih untuk diterapkan dalam rekaan ruang anda supaya tak salah pilih konsep.

  • Interior Perspective
  • Exterior Perspective

5. BAHAN

Seterusnya, rancang pemilihan jenis bahan yang hendak digunakan. Bahan hendaklah dipilih bergantung dengan konsep ruang. Setiap bahan mempunyai kesan rekaan yang berbeza dan juga bergantung lokasi kabinet.

Sebagai contoh, di bahagian sinki lebih sesuai menggukan bahan yang kalis air seperti Aluminium, WPC (Wood Plastic Composite). Manakala di ruang yang tidak terdedah dengan air boleh menggunakan bahan daripada Melamine (Moisture Resistance). Pilihan ini boleh menjimatkan kos berbanding anda menggunakan bahan 100% kalis air untuk kabinet dapur anda.

Untuk anda tidak buat silap ketika buat pemilihan bahan, dapatkan nasihat dan rundingan daripada yang pakar. Apa yang penting adalah meminimumkan kos dan memanjangkan hayat kabinet dapur idaman anda.


6. PERINCIAN RUANG

Menyediakan ruang penyimpanan anda dalam keadaan yang teratur dan sistematik. Ruang penyimpanan yang kerap digunakan hendaklah di letakkan pada level yang mudah di capai untuk memberi kesan aliran yang sempurna. Sebaliknya untuk barang yang kurang di gunakan boleh di letakkan pada level yang tinggi.

Jika mempunyai ruang kabinet dapur yang cukup, manfaaatkan aksesori kabinet dapur untuk setiap ruang. Ya, harga juga untuk setiap aksesori kabinet dapur agak mahal. Jadi, pastikan anda mendapat nasihat untuk fungsi setiap aksesori yang dipilih. Jangan sekadar indah di mata tapi ketahuilah ketahanannya sebelum memiliki.


7. FABRIKASI DAN PEMASANGAN

Akhir sekali, memberi ruang dapur anda sentuhan akhir yang sempurna dengan kelengkapan kabinet yang betul. Proses ini kebiasaanya akan mengambil dalam 3 – 4 minggu sehingga kabinet dipasang siap 100% di rumah. 3 minggu adalah proses fabrikasi di kilang dan 1 minggu proses pemasangan di rumah. Tempoh mungkin akan lagi cepat atau lambat bergantung ada quantity saiz kabinet dapur rumah anda.

Kini anda berjaya dan faham untuk merialisasikan gaya dapur yang anda idamkan.


Sekian sedikit sebanyak perkongsian kami mengenai 7 langkah fabrikasi kabinet dapur. Harap dapat membantu sebelum anda buat pilihan dan tempahan kabinet nanti.

Untuk keterangan lanjut boleh terus lawati Showroom kami untuk membuat tempahan atau dapatkan Sebut Harga secara dalam talian,

[+] Whatsapp Sales Designer Kami (AZRI)


Comments are closed.