6 Pilihan Table Top Kabinet Dapur

Table top kabinet dapur memainkan peranan penting untuk menilai mutu dan kualiti kabinet dapur. Setiap table top mempunyai kelebihan dan kekurangan bahan itu sendiri.

Sebelum anda buat keputusan untuk memilih jenis apa teble top yang diguna pakai untuk dapur anda nanti, jom ambil tahu tentang 6 pilihan table top kabinet dapur masa kini.

Table top adalah permukaan bagi kabinet dapur bahagian bawah (Base Unit). Ia penting kerana semua kerja-kerja dapur dan penyediaan makanan dilakukan di atas table top. Jadi ketahanan table top sangat penting untuk kerja-kerja di dapur. Pemilihan table top juga bergantung dari budget, konsep dan fungsi nya. Oleh itu, dapatkan nasihat dari yang pakar untuk buat pemilihan table top yang bijak.


1. Wood Top @ Mieco Worktop (Jenama Worktop)

Definisi table top ni sama dengan pintu Melamine. Iaitu habuk kayu dan gam yang di proses mampatan lalu di laminated Melamine untuk ketahanan. Bahan ni sangat kukuh jadi anda tidak perlu risau pasal ketahanan worktop ni. Worktop ni juga kalis lembapan dan anai-anai. Cuma kena ingat yang worktop ni tidak sesuai untuk tempat basah kerana ia bukan dari jenis kalis air 100%. Untuk dapur kering yang tidak ada sinki sesuai untuk guna worktop ni. Ketebalan 32mm di potong untuk ketahanan dan daya serapan hentakan permukaan worktop dapur.

  • Pilihan ekonomi / murah.
  • Worktop ringan dan bukan jenis kalis air 100%
  • Daya serapan hentakan yang baik.
  • Permukaan worktop tahan kepada serapan air dan tidak mudah untuk calar.
  • Terdapat dalam pelbagai variasi corak dan warna (Solid, Fabric dan Natural).
  • Mempunyai kesan sambungan untuk bahagian corner.
  • Tidak sesuai untuk di gunakan di bahagian exterior atau dapur basah.
  • Tidak boleh potong bahagian sink jenis (Undermount).
  • Tidak tahan haba dan panas kerana bahan daripada kayu.

2. Solid Surface

Solid surface merupakan daripada campuran habuk mineral marmar yang dicampurkan dengan pelbagai resin plastik dan pigmen bahan semulajadi yang lain. Maksud dari definisi ni ialah solid surface bukan batu asli dan ia adlah bahan proses semula. Oleh kerana ia adalah daripada bahan pemprosesan, jadi solid surface tidak mempunyai sifat seperti batu asli yang mempunyai liang pori. Ini menjadikan solid surface bagus terhadap daya serapan cecair dan kotoran. Jadi ia mudah dibersihkan dan perlu ingat ia mudah calar.

  • Harga murah berbanding batu asli.
  • Permukaan yang tahan lama dan licin
  • Tahan haba dan panas.
  • Jenis kalis air 100%
  • Terdapat dalam pelbagai variasi corak dan warna (Natural Colour).
  • Tidak mempunyai kesan sambungan dibahagian antara skirting dinding dengan permukaan table top dan bahagian sambungan corner.
  • Sesuai untuk di gunakan di bahagian kawasan basah seperti exterior, dapur dan bilik mandi.
  • Boleh potong bahagian sink jenis (Undermount).
  • Tidak mempunyai kesan kilat seperti batu asli (matte).
  • Mudah calar kesan dari objek tajam.
  • Jika memilih tone warna dan corak yang cerah, untuk jangka masa panjang warna boleh berubah menjadi kusam.

3. Quartz Stone

Pilihan trending masa kini. Mempunyai variasi pilihan warna yang menarik dan tampak mewah dengan kesan kilat Quartz Stone itu sendiri. Ianya terdiri daripada gabungan batu quartz hancur, resin polimer dan pigmen untuk mengawal corak dan warnanya. Dalam erti kata lain, Quartz Stone adalah batu asli yang di proses semula. Jadi corak warna table top ni adalah sekata. Selain itu, Quartz Stone ni banyak juga ciri-ciri kelebihan berbanding batu asli. Ianyan tidak mempunyai liang pori jadi ia tidak menyerap air atau apa – apa jenis cecair kimia lain. Walaupun ia batu asli yang di proses semula, perlu ingat yang quartz stone bukan kalis api 100%. Jadi penggunaan pelindung periuk panas sangat digalakkan untuk mengelakkan kesan (Heat Mark) di atas permukaan table top kabinet dapur.

  • Harga yang mahal.
  • Permukaan yang tahan lama, licin dan tahan calar dari objek tajam.
  • Daya tahan haba dan api yang tinggi.
  • Daya serapan hentakan yang baik dan tidak mudah retak atau pecah.
  • Jenis kalis air 100%.
  • Corak sama dan sekata juga terdapat dalam pelbagai variasi corak dan warna (Natural Colour).
  • Mempunyai  kesan sambungan dibahagian antara skirting dinding dengan permukaan table top dan bahagian sambungan corner.
  • Sesuai untuk di gunakan di bahagian kawasan basah seperti exterior, dapur dan bilik mandi.
  • Boleh potong bahagian sink jenis (Undermount).
  • Warna kekal dan tidak berubah walaupun dalam jangka masa yang lama.
  • Mempunyai kesan kilat seperti batu asli dan tampak mewah.
  • Quartz Stone adalah berat.
  • Bukan jenis kalis panas dan haba 100%.

4. Granite & Marble (Natural Stone)

Dapur anda tampil mewah dan elegance bila mengenakan table top granite. Granit (atau batu semula jadi) adalah sejenis batu yang ditempa dari kuari. Potongan granit besar diekstrak dari bawah tanah atau lereng bukit, dan dipotong untuk dijadikan lantai atau dibuat menjadi jubin dan kemudian digilap hingga kemasan halus dan licin yang sesuai untuk dijadikan kegunaan harian. Oleh kerana ianya adalah batu asli, jadi ia mempunyai liang pori halus. Ini menjadikan yang granite dan marble tidak mempunyai daya serapan yang baik oleh kerana sifat batu itu sendiri. Mempunyai harga yang pelbagai mengikut kualiti, tebal dan corak batu granite.

  • Harga yang mahal.
  • Permukaan yang tahan lama, licin dan tahan calar dari objek tajam.
  • Daya tahan haba dan api yang tinggi.
  • Jenis kalis air 100%.
  • Corak tidak sama dan sekata (Corak Batu Asli) juga terdapat dalam pelbagai variasi corak dan warna (Natural Colour).
  • Mempunyai  kesan sambungan dibahagian antara skirting dinding dengan permukaan table top dan bahagian sambungan corner.
  • Sesuai untuk di gunakan di bahagian kawasan basah seperti exterior, lantai, dinding, dapur dan bilik mandi.
  • Boleh potong bahagian sink jenis (Undermount).
  • Warna kekal dan tidak berubah walaupun dalam jangka masa yang lama.
  • Oleh kerana ianya adalah batu asli, maka ianya kilat dan tampak mewah.
  • Granite dan marble adalah berat.
  • Cecair kimia atau kotoran boleh meresap di dalam liang pori marble.
  • Granite dan marble adalah batu asli, maka ianya mudah retak atau pecah.

Boleh dikatakan granite dan marble ni mungkin design lama kerana table top jenis granite sudah digunakan sejak dulu lagi. Bagi anda yang mempunyai budget lebih boleh lah guna granite atau marble sebagai pilihan kerana ianya adalah ‘Ever Green’. Konsep kabinet dapur (Vintage) sangat sesuai menggunakan table top jenis granite atau marble.


5. Konkrit dan Tiles

Seperti yang sedia maklum di Malaysia jenis table top concrete sudah digunakan sejak dulu lagi. Memang tidak boleh di sangkal lagi kekuatan table top jenis ni sebab diperbuat daripada concrete bertetulang serta duperhalusi lagi dengan kemasan jubin tiles. Untuk tiles pula, anda boleh ikut apa jenis tiles yang nak di gunakan dari segi saiz mahupun pun corak. Cuma klau pandangan kami, concrete tiles table top ni sesuai untuk bahagian dapur basah atau pun ruang exterior kerana kekuatan dan ketahanan sifat konkrit tu. Untuk bahagian dapur kering lebih sesuai guna table top jenis lain oleh kerana konkrit ni mempunyai kemasan setebal 75mm – 125mm. ianya nampak berat dan sangat besar.

Selain itu sambungan setiap tiles juga nampak menjadikan table top itu kurang kemas. Cara lain adalah gantikan jubin tiles dengan Quartz Stone atau Solid Surface sebagai kemasan untuk concrete table top. Dengan cara ini dapat mengelakkan dari nampak nya sambungan setiap jubin tiles.

  • Harga mungkin murah atau mahal bergantung pada kontraktor renovasi anda.
  • Table top concrete secara amnya meningkatkan nilai harta tanah.
  • Daya tahan haba dan api yang tinggi.
  • Konkrit boleh dibina ikut kehendak dan bentuk dinding dapur
  • Jenis kalis air 100%.
  • Mempunyai  kesan sambungan dibahagian antara setiap jubin tiles.
  • Sesuai untuk di gunakan di bahagian kawasan basah seperti exterior, dapur basah dan bilik mandi.
  • Boleh potong bahagian sink jenis (Undermount).
  • Berat bukan isu bagi konkrit tiles kerana ia berpaut pada struktur nya sendiri.
  • Jika pemasang jubin tiles kurang professional, maka dalam jangka masa pendek jubin tiles mudah tertanggal daripada concrete table top.

6. Kompacplus (Jenama Table Top)

Kompacplus adalah bahan table top teknologi baru. Ianya terdiri daripada lapisan kertas kraft dan resin menggunakan teknik kejuruteraan yang terkini. Walaupun tebalnya hanya 6mm, panelnya sangat tahan terhadap air, haba, panas, calar dan tidak berpori. Ianya menjadikannya sangat tahan lama dan permukaan mudah di bersihkan dan tidak menyerap air atau bahan cecair kimia lain. Walaupun ia nipis namum ia sangat kuat dan daya serapan hentakan yang tinggi.

Jika anda ingin tampil kabinet dapur bertatahkan moden dan terkini, sangat sesuai mengenakan table top ini untuk permukaan kabinet dapur anda. Boleh dikatakan yang ia mempunyai nilai estetika nya tersendiri. Dengan kemasan yang sangat nipis, ini menjadikan kabinet dapur rumah anda nampak sangat – sangat lain dari yang lain.

  • Harga yang mahal.
  • Permukaan yang tahan lama dan tahan calar dari objek tajam.
  • Daya tahan haba dan api yang tinggi.
  • Daya serapan hentakan yang baik dan tidak mudah retak atau pecah.
  • Kalis air 100%.
  • Terdapat dalam pelbagai variasi corak dan warna (Woodgrain  dan Natural).
  • Mempunyai  kesan sambungan yang kemas sehingga tidak kelihatan dengan mata kasar.
  • Sesuai untuk di gunakan di bahagian kawasan basah dan kering seperti exterior,dinding,  dapur dan bilik mandi.
  • Boleh potong bahagian sink jenis (Undermount).
  • Warna kekal dan tidak berubah walaupun dalam jangka masa yang lama.
  • Kompacplus adalah ringan.

Oleh kerana ia adalah teknologi baru, maka ia di reka untuk menampung kekurangan fizikal table top sedia ada. Walaupun bentuk fizikalnya yang lain dari yang lain, ia direka untuk meminimumkan penyelenggaraan dan menambah baik ketahanan. Ianya juga direka untuk cantik, tahan lama dan terbaik. Mungkin dengan harganya yang tinggi, menjadikan table top Kompacplus bukanlah pilihan utama untuk permukaan table top kabinet dapur.


Sekian sedikit sebanyak perkongsian kami mengenai 6 Pilihan Table Top Kabinet Dapur Terkini. Harap dapat membantu sebelum anda buat pilihan dan tempahan kabinet nanti.

Untuk keterangan lanjut boleh terus lawati Showroom kami untuk membuat tempahan atau dapatkan Sebut Harga secara dalam talian,

[+] Whatsapp Sales Designer Kami (AZRI)


Comments are closed.