3 Jenis Almari Pakaian (Built-In Wardrobe)

Buat anda yang baru terima kunci rumah baru atau baru siap renovasi kediaman anda, Pastinya perkara pertama yang difikirkan adalah binaan dan tempahan kabinet dapur dan Almari Pakaian (Wardrobe). Di sini, kami kongsikan jenis Almari Terbina Dalam (Built-in Wardrobe) supaya anda mudah untuk membuat pilihan.

Sebelum membuat tempahan binaan Wardrobe, pastikan anda fahami jenis Almari Terbina Dalam (Built-in Wardrobe) yang terdapat di kebanyakan kilang – kilang kabinet di Malaysia.

Selain fungsi utama menjadi ruang penyimpanan pakaian, Built-in Wardrobe pakaian juga boleh dijadikan sebagai penyimpanan barang ini kerana Built-in Wardrobe boleh memaksimumkan ruang yang ada. Sekaligus, Built-in Wardrobe dapat meningkatkan gunaan ruang dan nilai rumah.


Maksud Almari Pakaian Terbina Dalam (Built-in Wardrobe)

Contoh Built-in Wardrobe yang sering menjadi pilihan

Almari Baju atau Built-in Wardrobe yang di maksudkan adalah Almari Pakaian yang di tempah khas dari hujung ke hujung dinding dan dari siling ke lantai yang mengikut ukuran ruang, bilik dan bentuk ruang rumah anda. Ukuran disukat mengikut saiz kehendak dan keperluan.

Untuk susun atur bahagian dalaman almari ini juga, akan ditempah khas mengikut keperluan seperti contoh, bahagian penyangkut baju dan laci yang lebih dapat memaksimumkan penyimpanan baju. Almari pakaian ini dapat digayakan mengikut spesifikasi yang tepat dan dibina mengikut keperluan apa yang ingin dimuatkan di dalamnya.


Beza Almari Built-in Wardrobe dan Almari Perabut Siap

Contoh Perabut Almari siap yang ada di pasaran

Perbezaan utama Almari Pakaian jenis Built-in Wardrobe dan Almari siap yang terdapat di kedai – kedai perabut adalah, Built-in Wardrobe dapat memanfaatkan setiap segenap ruang anda sehinggakan tidak akan wujud pembaziran ruang (Negative Space). Oleh itu, rekaan dalaman rumah akan sempurna dan tepat dengan penggunaan setiap ruang.

Untuk rumah jenis Pangsapuri atau Kondominium, ruang simpanan agak terhad. Jadi, Built-in Wardrobe sangat membantu untuk dijadikan ruang simpanan. Almari bahagian atas (Top Unit) dimanfaatkan sebagai simpanan barang besar seperti bag, bantal, toto dan sebagainya.

Selain itu, bahagian atas Built-in Wardrobe yang di pasang hingga rapat ke siling dapat mengelakkan dari perangkap habuk. Jadi rumah sentiasa bersih dan mudah mengemas. Apa yang penting, Built-in Wardrobe dibina mengikut kehendak susun atur dan memenuhi citarasa anda.


1. Almari Pakaian Terbuka (Open Walk-in Wardrobe)

kebiasaan almari pakaian jenis Open Walk-in Wardrobe akan ditempatkan di ruang khas seperti dalam bilik tidur utama atau bilik pakaian. Untuk bilik tidur utama, perlu mempunyai ruang yang besar kerana perlu tambahan Partition Wall supaya dapat tutup ruang Open Walk-in Wardrobe. Pintu tambahan juga diperlukan pada Partition Wall untuk laluan akses.

Jenis almari pakaian Open Walk-in Wardrobe tampil bergaya kerana susunan dalaman almari boleh dilihat jelas dari dalam ruang. Selain itu, mudah untuk mencapai atau ambil barang dan pakaian kerana jenis almari ni tidak mempunyai pintu.

  • Mempunyai 2 harga berbeza. Mengikut warna pilihan badan kabinet (carcass) putih kosong atau warna bercorak (Solid Colour & Decorative Colour) (RM/ft run).
  • Terbahagi kepada 2 ruang atas dan bawah. Bahagaian atas ruang simpanan barang dan bawah simpanan pakaian.
  • Menjimatkan ruang kerana tidak mempunyai pintu yang perlu ruang untuk swing bukaan pintu.
  • Bahan digunakan menggunakan 16mm Thk. Melamine Board / Plywood
  • Pencahayaan dalaman sesuai menggunakan dari jenis LED Strip / LED Eyeball

Perlu sentiasa susun pakaian ikut susunan supaya ia tersusun rapi kerana almari jenis tidak mempunyai pintu dan mudah dilihat jika almari berselerak.


2. Almari Berpintu (Built-in Wardrobe Swing Door)

Sesuai untuk semua ruang bilik tidur. Built-in Wardrobe Swing Door mudah dipadankan dengan smua konsep rekaan dalaman. Selain itu, almari jenis Wardrobe Swing Door door boleh digabungkan dengan meja belajar, rak buka dan Built-in Bedframe. Rekaan yang tanpa batasan.

  • Harga bergantung pada bahan yang digunakan pada bahagian pintu (RM/ft run).
  • Terbahagi kepada 2 ruang atas dan bawah. Bahagaian atas ruang simpanan barang dan bawah simpanan pakaian.
  • Bahan digunakan menggunakan 16mm Thk. Melamine Board (White Colour) untuk bahagian dalam kabinet Carcass.
  • Untuk bahagian pintu bergantung pada tema. Bahan boleh digunakan terdiri daripada Melamine Board, HPL Laminated (Formica), MDF, Nyatoh, 3G & 4G Glass.
  • Pencahayaan dalaman sesuai menggunakan dari jenis LED Strip / LED Eyeball

Perlu ruang tambahan untuk bukaan pintu. Jika ruang bilik yang terhad, tidak sesuai menggunakan Almari Built-in Wardrobe Swing Door.


3. Almari Berpintu (Built-in Wardrobe Sliding Anti Jump Door)

Adalah jenis almari rekaan terkini. Mempunyai bingkai aluminium pada pintu Sliding dan penyelesaian masalah dari bukaan Almari pintu swing yang perlukan ruang tambahan, Almari Sliding dapat menjimatkan ruang sekaligus dapat menampah susunan kabinet tambahan untuk dimuatkan di dalam bilik. Oleh kerana ianya adalah rekaan terkini, Wardrobe Sliding Anti Jump Door boleh menahan pintu terkeluar dari landasan. Sangat sesuai untuk rekaan konsep moden dan minimalis.

  • Harga bergantung pada (RM/ft run).
  • Terbahagi kepada 2 ruang atas dan bawah. Bahagaian atas ruang simpanan barang dan bawah simpanan pakaian.
  • Bahan digunakan menggunakan 16mm Thk. Melamine Board (White Colour) untuk bahagian dalam kabinet Carcass.
  • Untuk bahagian pintu Sliding bahan digunakan terdiri daripada Melamine Board, HPL Laminated (Formica), Glass Colour & Mirror.
  • Pencahayaan dalaman sesuai menggunakan dari jenis LED Strip / LED Eyeball

kelemahan Built-in Wardrobe Sliding Anti Jump Door adalah bukaan ruang almari hanya separuh sahaja untuk satu masa.


Perlu di ingat yang semua jenis almari Built-in Wardrobe dibina untuk bertahan lebih dari 10 tahun. Untuk memastikan ia sesuai dengan keperluan, rancanglah kedudukan kabinet dengan betul. Komunikasi dengan kontraktor kabinet sangat penting supaya memahami kerperluan anda dengan tepat. Dengan memilih kontraktor kabinet yang mahir, anda dapat menikmati fungsi yang tepat untuk masa sekarang dan masa akan datang.


Sekian sedikit sebanyak perkongsian kami mengenai 3 Jenis Almari Pakaian (Built-in Wardrobe). Harap dapat membantu sebelum anda buat pilihan dan tempahan nanti.

Untuk keterangan lanjut boleh terus lawati Showroom kami untuk membuat tempahan atau dapatkan Sebut Harga secara dalam talian,

[+] Whatsapp Sales Designer Kami (AZRI)

[+] Whatsapp Sales Designer Kami (AZRI)


Comments are closed.